Monday, May 21, 2007

Pelacur Agama Vol 4

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,

Ana rasa kali ini gelaran 'Pelacur Agama' sangat sesuai diberi kepada seorang lagi Hamba Allah ini. Seorang perempuan, isteri kepada seorang Ustaz yang mengajar anak-anak Tahfiz, purdah lengkap segalanya tetapi perangai lebih teruk dari orang yang tidak menutup aurat. Ana rasa sangat sesuai gelaran 'Pelacur Agama' diberikan kepada si minah sakit otak ini.

Apa masalah dia? Ana dan isteri, percayakan dia untuk menjaga anak ana dari umur beberapa bulan sehingga berumur 2 tahun lebih tetapi anta tahu apa dia buat? Dia dera ana punya anak??!!!! Sampaikan jiran sebelah rumah, isteri Ustaz yang mulia hatinya, selalu mendengar anak ana menangis didera oleh perempuan gila, pelacur agama ini! 2 kali jari anak ana terbelah nampak isi, badan luka-luka dan muka jangan ceritalah, calar balar. Yang paling akhir, anak ana dicubit dibelakang sehingga terkeluar isi. Dan ketika itu anak ana berumur 2 tahun lebih!!????

Anta boleh bayangkan tak? Anak kecil berumur 2 tahun terpaksa menanggung itu semua? Terpaksa menerima perbuatan gila pelacur agama itu? Sebabnya ana rasa, ana punya anak lebih aktif dari anaknya dan bila anaknya hendak bermain, anak ana dijadikan 'punching bag'. Dicakar, diketuk, digigit dan bermacam-macam lagi penderaan fizikal yang dilakukan kedua beranak iblis itu!

Selama 2 tahun lebih itu ana dan isteri tidak tahu menahu apa-apa kerana kami berdua sentiasa bersangka baik dan menganggap mereka seperti saudara. Dan yang paling menjijikkan isteri ana pernah membawa betina ini membeli belah di pusat membeli belah atas dasar menolong.

Ana dan isteri buntu, tidak tahu apakah akibat betina ini bertindak sedemikian tetapi ana rasa, betina ni tertekan sebab selalu ditinggalkan suaminya yang sibuk keluar ke jalan Allah tanpa mengambil berat hal ehwal isterinya di rumah. Mungkin banyak sebabnya tetapi bagi ana, 2 perkara yang ana sebutkan diatas mungkin pengaruh terbesar.

Maklumlah, suaminya sentiasa sibuk mengajar anak-anak tahfiz tetapi tiada masa untuk melayan isterinya. Bila pulang ke rumah sibuk nak layan VCD drama Spektra Amy Mastura pula. Bila isteri dia dera anak ana, langsung dia tak tegur, dayus punya suami takut dengan isteri! Mengajar orang pandai tetapi isteri sendiri ditakuti.

Ana dan isteri cukup-cukup menyesal kerana tidak mengambil tindakan undang-undang kepada sipelacur ini atas dakwaan mendera. Sesalan ini cukup membuatkan ana bertekad ingin mendedahkan kepincangan yang berlaku didalam keluarga ahli-ahli Tabligh ini. Bukan satu, bukan dua, banyak kisah yang ingin ana dedahkan. Kepincangan yang sepatutnya tidak berlaku kepada seorang ketua keluarga yang sentiasa berusaha membaiki iman tetapi dia lupa hal ehwal iman keluarganya di rumah.

Ada satu kisah, bapanya seorang pengusaha Tabligh, imam masjid Qariahnya tetapi mempunyai seorang anak kaki filem-filem lucah! Ada juga anak-anak kaki gaduh, pemabuk, pencuri, perompak, penzina dan bermacam lagi. Ayah mereka sibuk keluar sana sini untuk agama tetapi bila pulang ke rumah lupa berusaha untuk anak isteri mereka. Dan yang paling teruk si isteri berzina dengan orang lain apabila sisuami keluar ke jalan Allah. Nauzubillah min zalik!

Yang peliknya, anta tahu apa alasan yang biasa ana dengar bila mereka ada masalah anak isteri? Tiada hidayat atau tiada hidayah Allah atau bukan senang nak tarbiyah anak isteri. Memanglah tiada apa-apa kerana anta tiada usaha apa-apa, macam mana hidayah Allah nak sampai. Kau sibuk berdoa untuk diri kau dan umat tetapi lupa berdoa untuk anak isteri kau! Kau bangun sembahyang malam menangis teresak-esak tetapi kamu lupa anak isteri kamu di rumah. Lepas tu nak serahkan bulat-bulat pada Allah dengan mengatakan tiada hidayah? Ada juga si suami aktif bertabligh, tetapi siisteri dirumah pakai tudung on off ikut suka hati dia. Pelik ana manusia-manusia yang menggelarkan diri mereka pengamal agama dan sunnah Rasulullah ini.

Bab aurat pun tidak boleh nak tegur isteri? Tiap-tiap minggu ana nampak pergi markas, iktikaf, keluar 3 hari tetapi isteri di rumah, on off. Pelik bin ajaib. Tiada hidayat katanya!

Bila sentuh bab hidayah ini, mereka selalu berkata anak isteri Nabi Noh pun tidak ikut Nabi Noh inikan pula kita manusia akhir zaman. Alahai, kalau setakat usaha sekali dua, lepas tu cakap dengan isteri macam orang gaduh kat Parlimen, mana ada masuk bang! Mestilah dia jauh nak dapat hidayah. Cara anta tu takde hikmah! Rasulullah pun selalu berpesan, nak didik anak isteri, berhikmahlah. Bak kata orang sekarang la, bodek-bodek la sikit. Maklumlah, anak dah besar, dah veteran ni geli la pulak nak bodek-bodek isteri, sebab tu la isteri tak reti nak tutup aurat. Buat isteri macam orang asing, macam pendatang haram padahal setiap malam tubuh itulah yang dijamah!

Satu lagi alasan yang biasa kita dengar, nak tunggu anak isteri sempurna baru nak keluar jalan Allah sampai kiamat pun tak keluar. Biasala tu, ayat melepaskan diri! Masalahnya usaha anta tiada, cakap dengan anak bini seumpama cakap dengan orang asing, macam mana anak bini anta nak ikut? Masa anta keluar, anta rajin ikram jemaah tetapi masa kat rumah, anta pemalas, nak basuh gelas sebiji pun anta tak reti. Tolong menolong dalam keluarga takde, macam mana bini anta nak hormat? Bila anta rajin anta tolong, bila anta malas, anta buat tak tahu. Menolong isteri tiada istiqamah, anta buat bila anta bersemangat sahaja!

Masa keluar bukan main lagi cakap Ikram, Ikram, Ikram, Ikram Muslimin, betul lah tu, Ikram muslimin tetapi kat rumah terabai! Yang anta tahu tidur, makan dan jimak! Bagus punya suami contoh! Ana bukannya menuntut anta menyempurnakan anak isteri anta sampai perfect tetapi cukuplah sekadar anta betulkan akidah anak isteri anta. Ana tengok pengusaha Tabligh lain boleh buat kenapa anta tidak? Dalam 1 masalah ada 1001 jawapan bang!

Bila baca tulisan ana ini, janganlah cepat melatah wahai pengusaha Tabligh, renungkanlah secara positif, buang yang keruh ambil yang jernih. Semak balik apa yang tidak betul dengan niat kamu itu. Betul ke apa yang kamu buat selama ini di rumah? Anta dengan anak kau macam sahabat ke atau macam Islam dengan yahudi mabuk? Anta dengan isteri anta macam mana? Boleh sembang macam kawan duduk melepak kedai mamak ke? Boleh bergurau, bertepuk bertampar (bukan pelempang) dengan isteri seumpama kanak-kanak bergurau?

Periksalah balik, betulkan niat dan didiklah anak isteri anta dengan istiqamah.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saya mengambil pendirian yang teguh untuk tidak mempercayai bulat-bulat tentang berita yang saudara sampaikan mengenai keburukan akhlak sesetengah ahli tabligh. Walaupun secara realiti, ia memang tak mustahil berlaku, tetapi sebagai seorang Muslim, saya sentiasa bersangka baik dan tidak sanggup untuk melabelkan saudara-saudara kita itu dengan pelbagai gelaran seperti iblis, yahudi mabuk dan lain-lain lagi seperti yang telah saudara katakan. Sekalipun mereka berakhlak buruk, namun dia tetap saudara seagama kita. Selayaknya menjadi kewajipan kita untuk sentiasa memperbaiki hubungan sesama Muslimin biarpun di pihak yang satu lagi selalu tidak berlaku adil terhadap kita.

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita wajib mencontohi sikap baginda dalam memberi kemaafan kepada manusia lain. Nabi sanggup memaafkan dan terus melupakan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh penduduk kafir Mekah terhadapnya semasa tempoh berdakwah 13 tahun di situ. Apabila Islam telah berjaya menakluk kota Mekah, orang-orang kafir yang telah menyakiti Nabi dan sahabat-sahabat baginda tetap mendapat haknya di situ. Nabi tidak pula membalas dendam kepada mereka. Begitu juga dengan peristiwa kemaafan Nabi kepada penduduk Tha'if yang menghina Nabi semasa baginda berdakwah di sana. Nabi sempat mendoakan kebaikan lagi kepada mereka. Kenapa sikap yang sangat terpuji seperti itu boleh berada dalam diri Nabi SAW? Tidak lain dan tidak bukan kerana kasih sayang dan cinta Nabi kepada umatnya. Seluruh kehidupan Nabi telah tercurah kepada usaha dakwah mengajak manusia ke jalan Allah. Baginda hanya mahu semua manusia mendapat kebenaran yang sama, dan menuju ke satu penghidupan yang mulia. Jadi, kita sebagai umatnya wajib mencontohi sifat tersebut walaubagaimana sukar sekalipun.

Saya tidak memberikan komen kepada saudara, tetapi saya menyatakan secara umum di sini bahawa tindakan menulis tentang kesalahan dan keburukan akhlak segelintir ahli-ali tabligh di blog tidaklah mendatangkan apa-apa kebaikan, sebaliknya telah mempromosikan kebencian dan kesalah anggapan masyarakat terhadap tabligh secara kesuluruhan. Kita kena faham dengan mentaliti masyarakat kita pada hari ini yang kebiasaannya tidak dapat mengadili sesuatu perkara dengan adil dan bijaksana. Seringkali masyarakat akan cenderung untuk menganggap suatu kelompok itu adalah sama sahaja, semuanya jahat apabila ada sebilangan kecil dari mereka yang melakukan kejahatan. Lebih tepat lagi, kita boleh rujuk kepada peribahasa "kerana nila setitik rosak susu sebelanga".

Jadi, apakah motifnya saudara menulis blog seperti ini? Adakah untuk memperlihatkan kebenaran dan realiti yang berlaku kepada tabligh? Jika itulah motif penulisan blog ini, saya rasakan itu adalah tidak wajar sama sekali. Jika saudara tidak berpuas hati sekalipun dengan orang-orang yang berkaitan, tidak perlulah saudara hebat mencanangkannya di dalam blog ini, yang mana boleh dibaca oleh sesiapa sahaja termasuklah musuh-musuh Islam yang sentiasa menunggu peluang untuk mengeksploitasi bahan-bahan seperti ini.

Sekali lagi saya menyatakan bahawa menulis mengenai hal seperti ini adalah tidak perlu dan tidak berguna. Mungkin saudara mahu memberi peringatan dan sedikit pengajaran kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan segelintir ahli tabligh yang busuk hati itu, namun saya berpendapat adalah lebih elok jika saudara menghentikan sahaja perbuatan ini kerana ia lebih mendatangkan kerugian daripada keuntungan. wallahu A'alam..

Wassalam

Pencatat said...

Waalaikum salam,

Kerugian atau keuntungan itu terserah kepada kuasa Allah menentukannya. Ana tidak menulis secara total menyalahkan ahli-ahli tabligh sahaja bahkan banyak lagi kepincangan dalam agama kita yang tidak melibatkan so-called ahli-ahli tabligh. Harap bersabar.

Tujuan blog ini adalah untuk memberi peringatan dan terserah kepada budi-bicara saudara kita di luar sana membaca dan memikir akan sesatu isu itu.

Bercakap soal kemaafan, memang ana tidak nafikan, cakap anta itu memang tepat dan betul. Tiada sangsi lagi tetapi pernahkan anta terfikir, bercakap memang mudah atau senang tetapi apabila terkena batang hidung kita sendiri, apakah reaksi kita?

Ana ingin bertanya kepada anta, anak anta pernah kena dera? Duit anta pernah habis RM90K untuk seorang yang sepatutnya anta percayai?

Membaca dan mengalaminya sendiri adalah 2 benda yang berbeza dan ana hanya berserah kepada Allah menentukan apakah balasanNYA.

Kalau betul mereka-mereka itu orang yang berpegang kuat kepada agama kenapa mereka tidak memulakan kemaafan? Kenapa dibiarkan begitu sahaja sedangkan ana sendiri sudah beberapa kali berusaha untuk memperbaiki perhubungan namun sia-sia belaka.

Wallahhu 'alam