Monday, May 28, 2007

Pelacur Agama Vol 9

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,

Jika tidak silap ana peristiwa ini berlaku tahun lepas, di sebuah masjid yang dikenali ramai sebagai Markaz(s) Dakwah & Tabligh Malaysia di Sri Petaling. Peristiwa melibatkan beberapa orang pengusaha dakwah & tabligh di tangkap di Masjid Sri Petaling kerana disyaki menghisap dadah (mungkin ganja). Bagi ana peristiwa ini sepatutnya tidak berlaku kepada mereka-mereka yang menjalankan usaha yang mulia ini kerana dengan adanya mereka ini, Islam akan lebih tercemar. Bukan tercemar kepada orang bukan Islam, malah kepada orang Islam itu sendiri.

Kenapa ana berkata demikian? Bayangkan hamba Allah yang pertama kali datang ke sana dan mendapati masjid itu dipenuhi polis dan mata-mata gelap untuk menangkap penagih dadah di kalangan pengusaha dakwah & tabligh. Bayangkan apakah yang akan difikirkan oleh hamba Allah tersebut? Pengusaha tabligh terlibat dengan dadah? Pengusaha tabligh terlibat dengan ganja? Bagaimana persepsi mereka kepada pengusaha-pengusaha tabligh yang lain dan kepada masjid Sri Petaling itu sendiri? Sarang penagih dadah setiap malam minggu?

Dalam vol 9 ini, ana tampilkan satu lagi golongan yang layak digelar pelacur agama kerana mereka bukannya membawa kebaikan ke dalam agama malah memburukkan agama! Kehadiran mereka yang sepatutnya dipantau, diawasi tetapi dibiarkan sahaja tanpa mengambil tindakan atau apa sahaja hukuman yang wajar.

Umum di masjid Sri Petaling, malah ketika di Masjid India lagi tahu akan kewujudan kumpulan penagih dadah ini. Malah bukan sahaja di Kuala Lumpur, malah hampir di semua markaz(s) dakwah & tabligh di Malaysia. Di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Sg Petani, Melaka dan banyak lagi, kumpulan ini wujud mewarnai dunia pengusaha tabligh di Malaysia. Kenapa mereka dibiarkan begitu sahaja tanpa pengawasan? Kenapa menunggu masa yang cukup-cukup berhikmah untuk mengambil tindakan atau bercakap dengan mereka? Kenapa dibiarkan berleluasa hampir di setiap markaz(s)?

Dimana orang-orang yang diberi tanggungjawab untuk menjaga markaz(s)? Apa yang mereka lakukan sehingga penagih dadah didalam tabligh semakin bercambah dan meningkat? Kenapa tidak diadakan kawalan dan pantaun secara tegas dan bersungguh-sungguh? Kenapa perlu ditunggu sehingga pihak polis sendiri bertindak? Adakah kerana ini kerja mereka?

Ya! Sudah tentu ini kerja mereka menangkap penagih dadah atau penjenayah tetapi kenapa dibiarkan sahaja penagih-penagih itu? Dimana semua orang pengusaha tabligh yang melihat perkara ini didepan mata tetapi membiarkannya sahaja? Adakah ini tuntutan agama? Adakah ini yang dikehendaki Allah dan Rasul? Tidak bolehkah mereka dirapati dan diberi nasihat dengan sebaik dan sehikmah mungkin? Kenapa perlu pandang sebelah mata dan membiarkan perkara ini berlaku berpuluh tahun lamanya?

Masjid Sri Petaling terkenal kerana disitulah jemaah 4 bulan, 40 hari atau kurang dari 40 hari dibentuk dan ada yang dihantar ke luar negara sedangkan di situ juga bersarangnya penagih dadah yang agak ramai? Kenapa mereka yang bertanggungjawab tidak menjaga kredibiliti Sri Petaling sebagai markaz(s) untuk Malaysia menghantar jemaah ke serata alam? Kenapa dibiarkan pendatang baru bergaul dengan mereka-mereka yang terkenal dengan penagihan dadah dan dibiarkan sehingga dipengaruhi? Dan lebih teruk lagi, penagih dadah dibiarkan mengikut jemaah yang dihantar ke serata alam?

Tidak adakah pemantauan latarbelakang, maklumat atau pengesahan dari mana-mana pengusaha lain tentang setiap ahli jemaah yang ingin keluar ke serata alam? Kenapa perkara maklumat sebegini tidak diberi pengkhususan atau rekod mereka disimpan setiap kali mereka hendak keluar menyertai jemaah? Mungkin tidak mengikut Sunnah seperti dakwaan setengah dari mereka tetapi bukankah ianya dilihat sebagai satu usaha untuk memantapkan jemaah? Bukankah itu yang diingini Rasulullah? Kualiti di dalam setiap jemaah?

Atau kuantiti yang dicari tanpa menghiraukan mereka sebenarnya pelacur agama yang berkudis?

No comments: