Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerna mengurniakan limpah rahmat dan rezeki yang melimpah ruah serta negara yang aman damai. Bercakap mengenai negara ini, kita semua sedia maklum negara kita yang dicintai, Malaysia, akan menyambut kemerdekaannya yang ke-50 tahun. Tahniah diucapkan kepada pemimpin serta mereka-mereka yang berdiri dibelakang pemimpin yang memerintah negara ini.
Bercakap tentang negara dan pemimpin ini, ana rasa perlu ana utarakan disini sejenis lagi manusia yang bertopengkan agama tetapi melacurkan agama tanpa menghiraukan kesuciaannya. Ana pasti isu kali ini tentu panas dan anggaplah ianya sebagai satu pendapat kosong tetapi ada eloknya difikirkan juga akan kebenarannya. Pelacur agama yang ana maksudkan ini adalah mereka yang menggunakan nama Islam sebagai parti politik dan kesudahannya memburukkan agama tanpa mebawa apa-apa kebaikkan pada Islam itu sendiri.
Ana tahu bila bercakap tentang negara atau demokrasi, setiap negara perlukan parti pembangkang untuk memperbetulkan parti kerajaan atau parti yang memerintah sesebuah negara namun pernahkan kita terfikir apakah perkara pertama Rasulullah diperintahkan oleh Allah S.W.T apabila dilantik menjadi Rasul?Adakah Rasulullah diperintah Allah untuk menubuhkan sebuah parti? Adakah Rasulullah diperintah Allah untuk memanjat pokok-pokok kurma di Mekah untuk memacak bendera?
Ana rasa cukup 2 persoalan itu ditanya kerana tiada kaitan langsung parti atau membuat bendera apabila Rasulullah diperintah Allah untuk menyeru manusia kepadaNya. Pernahkah kita terfikir, adakah Rasulullah diperintahkan Allah untuk menyeru manusia kepada parti? Jawab dan anta sekelian akan faham apa yang ana maksudkan. Jika tidak jawapannya, mengapa kita hari ini begitu sibuk menyeru manusia kepada parti? Kenapa tidak kembali kepada Islam? Islam itu sendiri adalah sebuah parti yang besar dimana ketuanya adalah Allah S.W.T dan timbalannya adalah Rasulullah S.A.W sendiri. Kenapa kita perlu lagi membentuk sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam sebagai matlamat kita?
Jika kita seorang hamba Allah yang diberi hikmah dan hidayah Allah, dapat menyempurnakan suruhanNya dan berhasrat menyeru mereka-mereka didalam parti yang bertentangan ke arah Islam, kenapa tidak dilakukan dengan sehikmah mungkin? Kita sering mendengar orang menyebut, IF You Can't Beat Them, Join Them. Adalah agak mustahil untuk mengalahkan sebuah parti yang sudah lama memerintah kerajaan didalam satu pilihanraya umum, namun, apa salahnya jika kita, sebagai hamba yang taat, menyertai parti berkenaan dan memulakan dakwah kita dari dalam parti tersebut. Bukankah ini lebih berjaya dari kita melawan atau menentang mereka? Jika kita menentang mereka adakah mereka akan berdiam diri? Tidak sama sekali TETAPI mereka akan diam apabila kita menyertai mereka dan sedikit demi sedikit menyebarkan dakwah dan agama didalam parti kerajaan.
Susah? Jika dilakukan seorang diri mungkin susah, tetapi tidak, jika dilakukan oleh berpuluh ribu hamba Allah. Dekatkan mereka kepada agama, dedahkan mereka kepada amalan beragama, rapatkan mereka dengan masjid, sembahyang berjemaah dan sebagainya. Berkawan rapatlah dengan mereka demi agama bukannya demi parti. Parti tidak akan membawa atau menjamin kita ke syurga tetapi agama, jika diamalkan dengan betul, insyaAllah, syafaat Nabi menanti kita untuk ke syurga.
Menentang mereka tidak akan memberi mereka hidayah untuk menerima apa yang ingin kita bawa malah akan lebih memburukkan keadaan. Sebab itu pada ana, jika sesuatu perkara dilakukan tidak mengikut sunnah Rasulullah S.A.W, ianya akan membawa lebih banyak keburukkan dari kebaikan. Segala matlamat kita akan berkubur dan lebih buruk lagi mereka yang beragama Islam sendiri akan jauh dari agama apatah lagi orang-orang bukan Islam. Tunjukkan kecantikan Islam melalui parti tanpa perlu bergaduh sesama Islam. Sertai mereka dan dekatkan mereka kepada Islam tanpa perlu bertekak atau bertegang urat.
Ana yakin, sesebuah kerajaan tidak akan menjadi lemah dengan 1 parti sahaja malah akan menjadi lebih kuat kerana didalam parti itu ada hamba Allah yang berpegang teguh pada prinsip Islam kerana sesungguhnya HANYA SANYA dalam agamalah kejayaan sesuatu perkara akan dicapai. Jika sebaliknya, 2 parti bertanding untuk sesatu kerusi, Islam tidak akan kemana, 2 pihak orang Islam sendiri akan bergaduh dan menampilkan akhlak yang rendah dan moral seperti orang kafir, malah lebih teruk dan ini sungguh memalukan Islam!
Menyertai mereka tidak bermakna kita lemah atau tiada keyakinan tetapi kita perlu lakukan sesuatu dengan hikmah kerana dengan cara ini sahaja kita akan kurang bergaduh dan bertekak mengenai isu-isu lapuk. Menyeru Islam melalui parti tidak akan membawa kita ke mana-mana malah akan memburukan keadaan seperti sekarang dimana orang kafir semakin takut dengan Islam kerana ditakutkan sendiri oleh orang-orang Islam dipihak parti kerajaan. Serulah manusia kepada Islam bukannya kepada parti.
Janganlah kita menjerumuskan diri ke dalam kancah politik yang hanya memburukkan agama Islam kita sendiri lebih dari membawa kebaikkan atau kemanafaatan bersama. Kenapa perlu melacurkan agama untuk kepentingan politik atau parti kita? Perlukah kita menjadi pelacur agama yang lebih banyak membawa masalah, keburukan atau kerosakan dalam agama dengan tingkahlaku kita yang rendah akhlaknya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment