
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,
Dalam agama, ada 2 jenis manusia yang amat ketara perbezaannya. Pertama, hamba Allah yang betul-betul ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik misalnya, dan yang kedua, seorang pelacur agama yang melacurkan agama sebagai sumber pendapatan tanpa memikirkan akan tanggungjawabnya yang sebenar.
Maksud ana sipelacur ini mengadaikan nilai agama hanya semata-mata untuk meraih pendapatan lumayan atau wang ringgit untuk kepentingannya sahaja. Perkara sebegini banyak berlaku dimana-mana kalau kita buka mata, buka telinga. Di sekolah Tahfiz, di pejabat agama, di sekolah-sekolah, pendek kata, dipusat pendidikan dimana mempunyai pendidiknya, maka pasti ada manusia bergelar pelacur ini.
Ana ambil contoh yang paling mudah. 2 orang guru Tahfiz yang ana kenal. Keduanya tinggal berjiran sebelah menyebelah di rumah yang disedikan Sekolah Tahfiz berkenaan. Seorang guru yang begitu ikhlas usaha dia untuk mendidik pelajar Tahfiz dan seorang lagi guru yang hanya tahu mengajar tanpa memperdulikan hal ehwal pelajar-pelajarnya.
Pelajar Tahfiz ini kebiasaannya mereka yang amat muda malah ada yang berumur bawah 12 tahun. Dengan umur yang sebegini jika dikumpul pada satu tempat yang sama maka akan timbul 1001 macam masalah kerana kenakalan mereka. Kenakalan degan kanak-kanak memang tidak dapat dipisahkan kerana itu sudah menjadi permainan mereka. Ada diantara mereka melakukannya kerana mereka memerlukan perhatian dari guru mereka kerana di rumah, mereka tidak dipedulikan oleh keluarga mereka. Yang lebih teruk ada ibubapa yang menghantar anak mereka ke sekolah Tahfiz semata-mata untuk melepaskan tanggungjawab mereka untuk menjaga dan diberikan 100% tanggungjawab mendidik anak mereka kepada guru-guru di sekolah itu.
Ana mengenali kedua ustaz ini kerana ana selalu berurusan dengan keduanya dan isteri salah seorang dari mereka menjaga anak ana. Ana namakan mereka Ustaz A dan Ustaz N. Ustaz A adalah seorang yang sangat daif, tiada kenderaan walaupun motosikal dan serba serbi kurang tetapi berlainan pula halnya dengan Ustaz N ini (yang mana isterinya menjaga ana punya anak), dia mempunyai motosikal dan boleh dikatakan berharta.
Ustaz A ini dari apa yang ana lihat amat ikhlas dan jujur dalam usahanya mengajar anak-anak muridnya dengan mendekati mereka dan mendidik mereka bukan hanya ilmu hafaz tetapi juga hal ehwal akhlak seorang Islam. Berlainan pula dengan Ustaz N yang hanya tahu mengajar dari pagi hingga ke petang tanpa mengambil tahu akan masalah displin pelajarnya. Yang dia tahu hanya menangkap dan menghukum pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan.
Ustaz A mendidik pelajar dengan betul, rotan dan teguran digunakan untuk mendidik pelajar yang mempunyai masalah displin manakala Ustaz N hanya menggunakan suaranya sahaja untuk menegur pelajar. Disitulah bezanya mereka.
Tidak lama selepas itu, Ustaz A diberhentikan dari sekolah tahfiz kerana ibubapa membuat laporan anak-anak mereka dirotan oleh Ustaz A. Manakala Ustaz N dikekalkan di sekolah Tahfiz malang itu tanpa dipersoalkan kredibilitinya sebagai seorang pendidik.
Ana cukup kasihan dengan apa yang berlaku kepada Ustaz A kerana pada pandangan ana, dia adalah seorang yang amat tekun berusaha mendidik pelajarnya bukan sahaja dari segi ilmu malah akhlak mereka sekali. Disebabkan Ustaz A menggunakan rotan sebagai alat untuk menghukum pelajarnya, dia diberhentikan kerana ibubapa pelajar tidak suka anak-anak mereka dirotan. Alasannya mereka sendiri pun tida merotan anak mereka. Ibubapa akhir zaman yang tidak pandai mendidik anak-anak beginilah rupanya sedangkan Rasulullah menyuruh setiap bapa menggantung rotan di rumah malah merotan anak jika tidak menurut perintah.
Sepanjang ana mengenali kedua Ustaz tersebut, sepanjang itulah ana mengetahui hal ehwal sekolah Tahfiz tersebut yang amat susah mengajar pelajarnya masalah displin. Pelajar-pelajar membuang masa mereka bertahun-tahun untuk menghafaz al-Quran tetapi kesudahannya mereka tidak dapat menghafaz walaupun satu surah seperti surah Yasiin, contohnya. Pendek kata, masa mereka terbuang, displin mereka semakin teruk kerana berkawan dengan anak pengetua sekolah yang menonton filem lucah serta merokok.
Bukan ilmu kebaikkan yang mereka perolehi malah perangai serta akhlak mereka semakin teruk dari sebelumnya. Ada diantara mereka juga yang sudah pandai mencabul kanak-kanak yang lebih kecil dari mereka. Nauzubillah minzalik.
Inilah akibatnya jika guru sebagai pendidik tidak mendidik dengan betul dan hanya menjalankan tugas mereka berteraskan wang ringgit. Guru sebegini sebenarnya tidak layak diberik gelaran guru tetapi layak diberik gelaran Pelacur Agama kerena mereka sesungguhnya melacurkan agama untuk kepentingan mereka dan menjadi penyumbang terbesar kepada kejatuhan moral pelajar mereka khusunya anak-anak orang Islam.
Selamat Hari Guru, Ustaz A.
No comments:
Post a Comment