Wednesday, May 30, 2007
Pelacur Agama Vol 10
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerna mengurniakan limpah rahmat dan rezeki yang melimpah ruah serta negara yang aman damai. Bercakap mengenai negara ini, kita semua sedia maklum negara kita yang dicintai, Malaysia, akan menyambut kemerdekaannya yang ke-50 tahun. Tahniah diucapkan kepada pemimpin serta mereka-mereka yang berdiri dibelakang pemimpin yang memerintah negara ini.
Bercakap tentang negara dan pemimpin ini, ana rasa perlu ana utarakan disini sejenis lagi manusia yang bertopengkan agama tetapi melacurkan agama tanpa menghiraukan kesuciaannya. Ana pasti isu kali ini tentu panas dan anggaplah ianya sebagai satu pendapat kosong tetapi ada eloknya difikirkan juga akan kebenarannya. Pelacur agama yang ana maksudkan ini adalah mereka yang menggunakan nama Islam sebagai parti politik dan kesudahannya memburukkan agama tanpa mebawa apa-apa kebaikkan pada Islam itu sendiri.
Ana tahu bila bercakap tentang negara atau demokrasi, setiap negara perlukan parti pembangkang untuk memperbetulkan parti kerajaan atau parti yang memerintah sesebuah negara namun pernahkan kita terfikir apakah perkara pertama Rasulullah diperintahkan oleh Allah S.W.T apabila dilantik menjadi Rasul?Adakah Rasulullah diperintah Allah untuk menubuhkan sebuah parti? Adakah Rasulullah diperintah Allah untuk memanjat pokok-pokok kurma di Mekah untuk memacak bendera?
Ana rasa cukup 2 persoalan itu ditanya kerana tiada kaitan langsung parti atau membuat bendera apabila Rasulullah diperintah Allah untuk menyeru manusia kepadaNya. Pernahkah kita terfikir, adakah Rasulullah diperintahkan Allah untuk menyeru manusia kepada parti? Jawab dan anta sekelian akan faham apa yang ana maksudkan. Jika tidak jawapannya, mengapa kita hari ini begitu sibuk menyeru manusia kepada parti? Kenapa tidak kembali kepada Islam? Islam itu sendiri adalah sebuah parti yang besar dimana ketuanya adalah Allah S.W.T dan timbalannya adalah Rasulullah S.A.W sendiri. Kenapa kita perlu lagi membentuk sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam sebagai matlamat kita?
Jika kita seorang hamba Allah yang diberi hikmah dan hidayah Allah, dapat menyempurnakan suruhanNya dan berhasrat menyeru mereka-mereka didalam parti yang bertentangan ke arah Islam, kenapa tidak dilakukan dengan sehikmah mungkin? Kita sering mendengar orang menyebut, IF You Can't Beat Them, Join Them. Adalah agak mustahil untuk mengalahkan sebuah parti yang sudah lama memerintah kerajaan didalam satu pilihanraya umum, namun, apa salahnya jika kita, sebagai hamba yang taat, menyertai parti berkenaan dan memulakan dakwah kita dari dalam parti tersebut. Bukankah ini lebih berjaya dari kita melawan atau menentang mereka? Jika kita menentang mereka adakah mereka akan berdiam diri? Tidak sama sekali TETAPI mereka akan diam apabila kita menyertai mereka dan sedikit demi sedikit menyebarkan dakwah dan agama didalam parti kerajaan.
Susah? Jika dilakukan seorang diri mungkin susah, tetapi tidak, jika dilakukan oleh berpuluh ribu hamba Allah. Dekatkan mereka kepada agama, dedahkan mereka kepada amalan beragama, rapatkan mereka dengan masjid, sembahyang berjemaah dan sebagainya. Berkawan rapatlah dengan mereka demi agama bukannya demi parti. Parti tidak akan membawa atau menjamin kita ke syurga tetapi agama, jika diamalkan dengan betul, insyaAllah, syafaat Nabi menanti kita untuk ke syurga.
Menentang mereka tidak akan memberi mereka hidayah untuk menerima apa yang ingin kita bawa malah akan lebih memburukkan keadaan. Sebab itu pada ana, jika sesuatu perkara dilakukan tidak mengikut sunnah Rasulullah S.A.W, ianya akan membawa lebih banyak keburukkan dari kebaikan. Segala matlamat kita akan berkubur dan lebih buruk lagi mereka yang beragama Islam sendiri akan jauh dari agama apatah lagi orang-orang bukan Islam. Tunjukkan kecantikan Islam melalui parti tanpa perlu bergaduh sesama Islam. Sertai mereka dan dekatkan mereka kepada Islam tanpa perlu bertekak atau bertegang urat.
Ana yakin, sesebuah kerajaan tidak akan menjadi lemah dengan 1 parti sahaja malah akan menjadi lebih kuat kerana didalam parti itu ada hamba Allah yang berpegang teguh pada prinsip Islam kerana sesungguhnya HANYA SANYA dalam agamalah kejayaan sesuatu perkara akan dicapai. Jika sebaliknya, 2 parti bertanding untuk sesatu kerusi, Islam tidak akan kemana, 2 pihak orang Islam sendiri akan bergaduh dan menampilkan akhlak yang rendah dan moral seperti orang kafir, malah lebih teruk dan ini sungguh memalukan Islam!
Menyertai mereka tidak bermakna kita lemah atau tiada keyakinan tetapi kita perlu lakukan sesuatu dengan hikmah kerana dengan cara ini sahaja kita akan kurang bergaduh dan bertekak mengenai isu-isu lapuk. Menyeru Islam melalui parti tidak akan membawa kita ke mana-mana malah akan memburukan keadaan seperti sekarang dimana orang kafir semakin takut dengan Islam kerana ditakutkan sendiri oleh orang-orang Islam dipihak parti kerajaan. Serulah manusia kepada Islam bukannya kepada parti.
Janganlah kita menjerumuskan diri ke dalam kancah politik yang hanya memburukkan agama Islam kita sendiri lebih dari membawa kebaikkan atau kemanafaatan bersama. Kenapa perlu melacurkan agama untuk kepentingan politik atau parti kita? Perlukah kita menjadi pelacur agama yang lebih banyak membawa masalah, keburukan atau kerosakan dalam agama dengan tingkahlaku kita yang rendah akhlaknya?
Monday, May 28, 2007
Pelacur Agama Vol 9
Jika tidak silap ana peristiwa ini berlaku tahun lepas, di sebuah masjid yang dikenali ramai sebagai Markaz(s) Dakwah & Tabligh Malaysia di Sri Petaling. Peristiwa melibatkan beberapa orang pengusaha dakwah & tabligh di tangkap di Masjid Sri Petaling kerana disyaki menghisap dadah (mungkin ganja). Bagi ana peristiwa ini sepatutnya tidak berlaku kepada mereka-mereka yang menjalankan usaha yang mulia ini kerana dengan adanya mereka ini, Islam akan lebih tercemar. Bukan tercemar kepada orang bukan Islam, malah kepada orang Islam itu sendiri.
Kenapa ana berkata demikian? Bayangkan hamba Allah yang pertama kali datang ke sana dan mendapati masjid itu dipenuhi polis dan mata-mata gelap untuk menangkap penagih dadah di kalangan pengusaha dakwah & tabligh. Bayangkan apakah yang akan difikirkan oleh hamba Allah tersebut? Pengusaha tabligh terlibat dengan dadah? Pengusaha tabligh terlibat dengan ganja? Bagaimana persepsi mereka kepada pengusaha-pengusaha tabligh yang lain dan kepada masjid Sri Petaling itu sendiri? Sarang penagih dadah setiap malam minggu?
Dalam vol 9 ini, ana tampilkan satu lagi golongan yang layak digelar pelacur agama kerana mereka bukannya membawa kebaikan ke dalam agama malah memburukkan agama! Kehadiran mereka yang sepatutnya dipantau, diawasi tetapi dibiarkan sahaja tanpa mengambil tindakan atau apa sahaja hukuman yang wajar.
Umum di masjid Sri Petaling, malah ketika di Masjid India lagi tahu akan kewujudan kumpulan penagih dadah ini. Malah bukan sahaja di Kuala Lumpur, malah hampir di semua markaz(s) dakwah & tabligh di Malaysia. Di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Sg Petani, Melaka dan banyak lagi, kumpulan ini wujud mewarnai dunia pengusaha tabligh di Malaysia. Kenapa mereka dibiarkan begitu sahaja tanpa pengawasan? Kenapa menunggu masa yang cukup-cukup berhikmah untuk mengambil tindakan atau bercakap dengan mereka? Kenapa dibiarkan berleluasa hampir di setiap markaz(s)?
Dimana orang-orang yang diberi tanggungjawab untuk menjaga markaz(s)? Apa yang mereka lakukan sehingga penagih dadah didalam tabligh semakin bercambah dan meningkat? Kenapa tidak diadakan kawalan dan pantaun secara tegas dan bersungguh-sungguh? Kenapa perlu ditunggu sehingga pihak polis sendiri bertindak? Adakah kerana ini kerja mereka?
Ya! Sudah tentu ini kerja mereka menangkap penagih dadah atau penjenayah tetapi kenapa dibiarkan sahaja penagih-penagih itu? Dimana semua orang pengusaha tabligh yang melihat perkara ini didepan mata tetapi membiarkannya sahaja? Adakah ini tuntutan agama? Adakah ini yang dikehendaki Allah dan Rasul? Tidak bolehkah mereka dirapati dan diberi nasihat dengan sebaik dan sehikmah mungkin? Kenapa perlu pandang sebelah mata dan membiarkan perkara ini berlaku berpuluh tahun lamanya?
Masjid Sri Petaling terkenal kerana disitulah jemaah 4 bulan, 40 hari atau kurang dari 40 hari dibentuk dan ada yang dihantar ke luar negara sedangkan di situ juga bersarangnya penagih dadah yang agak ramai? Kenapa mereka yang bertanggungjawab tidak menjaga kredibiliti Sri Petaling sebagai markaz(s) untuk Malaysia menghantar jemaah ke serata alam? Kenapa dibiarkan pendatang baru bergaul dengan mereka-mereka yang terkenal dengan penagihan dadah dan dibiarkan sehingga dipengaruhi? Dan lebih teruk lagi, penagih dadah dibiarkan mengikut jemaah yang dihantar ke serata alam?
Tidak adakah pemantauan latarbelakang, maklumat atau pengesahan dari mana-mana pengusaha lain tentang setiap ahli jemaah yang ingin keluar ke serata alam? Kenapa perkara maklumat sebegini tidak diberi pengkhususan atau rekod mereka disimpan setiap kali mereka hendak keluar menyertai jemaah? Mungkin tidak mengikut Sunnah seperti dakwaan setengah dari mereka tetapi bukankah ianya dilihat sebagai satu usaha untuk memantapkan jemaah? Bukankah itu yang diingini Rasulullah? Kualiti di dalam setiap jemaah?
Atau kuantiti yang dicari tanpa menghiraukan mereka sebenarnya pelacur agama yang berkudis?
Saturday, May 26, 2007
Pelacur Agama Vol 8
Alhamdulillah, bersyukur ana ke hadrat Allah S.W.T kerana ilham ana datang mencurah-curah untuk menulis di blog yang tidak seberapa ini. Ana berazam, jika tulisan-tulisan didalam blog ini mendapat sambutan, ana akan menerbitkannya didalam sebuah buku dengan tajuk yang sama. Dan jika tiada aral melintang, ana akan meminta kebenaran/lesen dari KDN untuk menerbit dan mencetaknya. InsyaAllah.
Diam tak diam sudah masuk Vol 8 bab Pelacur Agama ini ana tulis dan sesungguhnya bagi ana, banyak perkara yang perlu diberitahu dan ini adalah salah satu cabang dakwah, yakni menyeru manusia kearah kebenaran dan menjauhi mereka dari bergaul dengan pelacur-pelacur agama. Pada pandangan ana, apa salahnya jika kita ingin memberitahu akan kebenaran yang berlaku didalam agama kita hari ini? Apakah rasionalnya? Supaya saudara kita yang ingin berjinak-jinak dengan agama akan lebih berhati-hati supaya tidak terjebak dalam perangkap pelacur agama yang bisa menghilangkan minat mereka kepada agama.
Percayakah pembaca sekelian, ana pernah berjumpa dengan seorang mak nyah yang dahulunya mengikuti tabligh dan diketepikan kerana dia bersifat lembut? Itulah bahananya jika tiada ikhlas dilakukan dalam usaha Tabligh, orang makin jauh dari agama malah tersesat jauh dan bukannya kembali lebih dekat kepada agama. Sayang seribu kali sayang, hamba Allah itu memilih hidup sebagai pondan setelah diketepikan oleh mereka-mereka yang bergelar pendakwah? Ujar beliau lagi, ketika itu dia hampir keluar 40 hari tetapi membatalkan niat kerana rakan sekampusnya tidak mahu berada di dalam 1 jemaah dengannya. Bagi ana, walau apa sahaja alasan, rakannya tidak wajar melakukan perbuatan itu kerana dia dengan tidak sengaja mengecewakan rakannya yang 'lembut' itu.
Akibatnya, dia pulang ke rumah membatalkan niat untuk keluar ke jalan Allah selama 40 hari disebabkan perkara kecil itu. Memang besar dugaan orang yang hendak keluar ke jalan Allah kerana dengan perkara yang kecil sekalipun hati mereka boleh berubah. Pada ana, rakan hamba Allah itu patut menyertainya didalam 1 jemaah dan cuba merapati hamba Allah itu untuk memperbetulkan keadaannya menjadi lelaki sebenar. Mungkin hamba Allah itu berpendapat, rakannya boleh membimbing. Alangkah malangnya.
Sepatutnya untuk Vol 8 ini ana kemukakan satu lagi 'bangsa' pelacur agama yang semakin berleluasa di YouTube.com. Pelacur agama ini pada pendapat ana adalah mereka yang berkerja di JAIS, Jabatan Agama Islam Selangor kerana modus operandinya adalah di sekitar Bandar Baru bangi. Apakah kesnya sehingga ana mengatakan mereka juga pelacur agama?
Begini, mereka menggunakan kamera untuk menangkap pasangan-pasangan Islam yang disyaki melakukan maksiat dan menjalankan kerja kotor mereka tanpa segan silu. Kebiasaannya mereka akan merapati pasangan-pasangan tertentu sambil memberi salam dan bertanya kepada mereka; "Sudah kawin belum?" atau "Dah kawin belum?"
Yang peliknya, video yang dipaparkan kepada dunia di YouTube ini pendek dan ringkas, dimulakan dengan pelacur-pelacur ini mengekori secara senyap dan menyelusup dari belakang sambil memegang kamera video ditangan. Ana kurang pasti adakah ianya kamera video atau kamera telefon bimbit tetapi gambarnya agak jelas dan terang. Wajah-wajah pasangan yang ditangkap juga jelas dipaparkan seolah-olah mahu mengaibkan mereka. Mereka akan merakam apa yang sedang dilakukan oleh setiap pasangan dan selepas itu memberi salam serta bertanyakan status setiap pasangan.
Dan yang lebih memalukan, mereka dengan berani mengambil video pasangan yang dinikahkan di pejabat pelacur agama ini! Untuk apa semuanya ini!!!???????? Apakah pengajaran yang kita dapat daripada semua ini? Tidak terfikirkah kita akan aib yang ditanggung oleh mereka-mereka yang mana wajah mereka terpampang di dalam video tersebut? Dan lebih mengharukan satu ketika dulu kecoh didalam akhbar video seorang gadis separuh bogel dipaparkan di dalam YouTube.com oleh pelacur-pelacur goblok ini! Gadis tersebut adalah pelaku maksiat yang ditangkap pegawai agama semasa melakukan pencegahan maksiat.
Apa yang ana persoalkan disini ialah, kenapa video sebegini boleh terlepas dan dipaparkan di internet? Apakah moral dan pengajarannya video ini dipaparkan kepada dunia? Bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia dari pelbagai peringkat lapisan umur dapat menontonnya secara percuma dan sekali lagi ana bertanya, apakah relevennya video ini dipaparkan dengan keinsafan? Adakah mereka akan insaf bila melihat video mereka dalam keadaan memalukan boleh ditonton secara meluas di internet?
Bagaimana pula reaksi keluarga mangsa jika menonton video anak atau saudara mereka dalam keadaan mengaibkan dipaparkan secara meluas di internet? Atau terfikirkah kita jika anak atau saudara kita sendiri dipaparkan sebegitu rupa? Yang bersalah harus dihukum tetapi adakah mereka perlu melalui semua ini sementara dihukum? Adakah mereka akan insaf jika melihat video mereka dipermainkan sebegini rupa? Apakah reaksi mereka khususnya? Mereka sudah ditangkap melakukan kesalahan maksiat, denda dan kaunselinglah mereka tetapi perlukah video mereka dipaparkan di internet?
Inilah hasilnya jika tanggungjawab pencegahan diberi kepada golongan pelacur agama ini. Mereka bukannya ingin menegakkan hukum Allah tetapi lebih cenderung merakam video dan disebarkan di internet. Bagaimana jika video mereka sendiri disebarkan di internet ketika melakukan maksiat? Saat ini mereka boleh mendabik dada, mereka tidak akan melakukan maksiat tetapi satu hari nanti siapa boleh memberi jaminan kita boleh mengelak maksiat? Imam Masjid UPM pun berzina di bulan puasa, inikan kita pegawai agama yang hanya makan gaji di JAIS!!!!
Oleh itu wahai pelacur-pelacur agama di JAIS, insaflah, jalankan kerja kerana Allah dan Rasul, tidak perlulah video mengaibkan itu disebar di internet. Apakah tujuannya yang sebenar? Ketepikan benda-benda kotor sebegini untuk lebih menegakkan hukum Allah dan Rasul.
Insaflah!
Friday, May 25, 2007
Kenapa/Mengapa Wujud Pelacur Agama?
Para pembaca pasti tertanya-tanya kenapa ana menggunakan perkataan atau istilah 'Pelacur Agama'? Pasti para pembaca sekelian merasa perkataan itu terlalu kotor dan jijik untuk digunakan kepada hamba Allah yang tidak melakukan perbuatan melacur. Pasti tidak sesuai digunakan kepada hamba Allah samada lelaki ataupun wanita bukan?
Jadi disini ana ingin bertanya kepada pembaca sekelian, beranikah kita mendekati seorang yang pekerjaannya diketahui umum bekerja sebagai seorang pelacur? Mungkin ramai diantara kita tidak berani untuk mendekati lelaki atau perempuan yang melakukan pelacuran bukan? Dan bagaimana pula dengan 'pelacur agama'? Adakah kita mengenali mereka? Adakah kita tahu mereka sebenarnya berhati busuk? Adakah kita tahu yang mereka suka makan kawan atau sahabat seagama? Adakah kita tahu yang mereka akan menipu kita?
Jawapannya sudah tentu tidak dan sudah tentu kita akan bergaul dengan mereka tanpa rasa takut, sangsi atau was-was. Sebab itu ana berani mengatakan hati mereka-mereka ini lebih jahat atau busuk dari yahudi itu sendiri kerana perkara paling besar dan jahat dalam agama adalah meruntuhkan agama. Umum mengetahui meninggalkan sembahyang meruntuhkan agama tetapi bagaimana pula kalau individu itu meruntuhkan kesucian dan kemurniaan agama secara terang-terangan dengan melakukan kejahatan sedangkan mereka adalah ahli agama atau orang yang berperwatakan agama? Perbuatan mereka yang jijik dan kotor itu boleh membuatkan saudara seagama yang jauh dari Islam, semakin jauh dari Islam? Cuba bayangkan saudara kita ingin mendekatkan diri kepada agama tetapi dikhianati sehingga mereka semakin jauh dari masjid dan ahli-ahli agama.
Pada zahir mereka nampak seperti seorang ahli agama, nampak alim, nampak warak, nampak soleh atau solehah tetapi hakikatnya mereka adalah penipu, pembohong, pendera, peliwat atau perogol anak bangsa mereka sendiri yang seagama! Individu sebegini kita tidak dapat mengenali mereka dengan sekali dua pandang. Bila mendengar mereka bercakap pun kadang-kadang kita kagum. Apabila melihat mereka berpakaian pun kita kagum dengan amalan mereka yang istiqamah tetapi dalam hati mereka, mereka adalah pendusta! Pendusta yang menunggu peluang untuk menjahanamkan silaturrahim antara sesama Islam dan selepas itu berlagak bodoh seperti tiada apa yang berlaku umpama seekor keldai.
Situasi sebeginilah yang ana hadapai. 2 orang manusia yang melakukan kesalahan terang-terangan kepada ana tanpa timbul rasa ingin meminta maaf atau cuba untuk menjernihkan keadaan. Yang si Ustaz N lagi dahsyat, dia tahu isterinya yang berpurdah mendera dan menyakiti anak ana tetapi dia tidak terfikir untuk meminta maaf atau menyuruh isterinya datang meminta maaf kepada isteri ana! Bayangkan betapa pedih dan sakitnya hati bila memikirkan perkara ini. Namun ana redha dan bersyukur kerana sesungguhnya Allah itu maha adil. Di dunia mereka boleh lepas tetapi diakhirat pastinya mereka tidak akan terlepas.
Ana hairan, tiada perasaankah mereka, tiada akalkah mereka atau tiada kekesalankah dihati mereka? Dimana letaknya keimanan mereka setelah melakukan kesalahan tanpa perlu memikirkan untuk meminta maaf atau menjernihkan perhubungan? Tidakkah mereka terfikir kehidupan mereka dilaknat Allah setiap masa dan kemungkinan akan mati dalam keadaan yang memalukan walau hakikatnya mereka tinggi dalam melakukan ibadat.
Pada ana yang cetek agama ini, kalau hubungan kita dengan Allah baik tetapi jika hubungan kita dengan manusia sebaliknya, adakah kita yakin kita akan masuk syurga? Adakah kita yakin dengan perbuatan kita menipu saudara seagama atau mendera anak saudara seagama, akan melayakkan kita ke syurga?
Persoalannya kenapa dan mekebendaan. 2 perkara inilah yang boleh membutakan manusia dan membuatkan mereka lupa kepada Allah dan Rasul serta laranganNya. Kerana wang ringgit mereka boleh menjadi manusia yang rendah akhlaknya dan menjadi manusia terkutuk yang pernahakan kita temui dalam hidup kita!
P/S: Ana masih lagi menunggu komen pertama mengenai blog ana ini. Apakah pendapat pembaca sekelian? Komen positif atau negatif ana sedia menerimanya. Untuk makluman pembaca sekelian, komen yang pertama akan menerima cenderamata dari ana, InsyaAllah.
Thursday, May 24, 2007
Pelacur Agama Vol 7
Beberapa hari lepas seorang rakan mengesyorkan ana membaca satu blog dimana penulis blog tersebut sudah dikenali ramai dengan akidahnya yang terpesong. Apa yang ingin ana utarakan disini bukanlah mengenai penulis blog tersebut tetapi satu pengalaman yang diceritakan oleh penulis blog tersebut apabila ditangkap oleh satu jabatan agama Islam atas kesalahan bersubahat dengan maksiat.
Kisahnya, rakan penulis membawa seorang perempuan ke rumah mereka atas tujuan melakukan maksiat tetapi rumah sewa mereka didatangi beberapa pegawai dari jabatan agama setelah menerima maklumat. Tidak perlulah ana memokuskan kepada akhlak penghuni rumah penulis itu kerana perkara maksiat serta bersubahat yang mereka lakukan adalah satu kesalahan besar namun apa yang ingin ana utarakan disini adalah akhlak buruk pegawai jabatan agama islam itu!
Jabatan agama Islam adalah satu jabatan yang ditubuhkan untuk menegakkan undang-undang Islam serta mengambil tindakan kepada mereka yang melanggarinya. Mereka-mereka di jabatan itu adalah orang yang diberi tanggungjawab untuk menegakkan hukum Allah dan Rasul serta perlu menjalankan tugas mereka dengan penuh mulia dan amanah.
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Penulis blog tersebut menceritakan bahawa dia ternampak satu didinding di pejabat jabatan agama itu dipenuhi dengan gambar-gambar mereka yang ditangkap semasa pencegahan maksiat dilakukan! Begitu mengaibkan sekali telahan ana kerana perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di pejabat jabatan agama! Apakah tujuan utama gambar-gambar menggaibkan itu dipaparkan? Apakah ingin mewujudkan kesedaran kepada semua pegawai di jabatan itu atau adakah ianya sebagai bahan jenaka pegawai-pegawai di situ?
Ana tidak nampak apakah rasionalnya kita memaparkan gambar-gambar bogel atau separuh bogel pelaku-pelaku maksiat yang ditangkap dan diletakkan sebagai paparan umum? Adakah semua gambar itu satu jenaka yang boleh kita tertawakan bersama rakan pejabat tanpa memikirkan akan aib empunya gambar yang dipaparkan itu.
Pelaku-pelaku maksiat tersebut telah ditangkap, dihukum dan dikenakan kaunseling tetapi kenapa pula gambar mereka dipaparkan sebegitu? Tidakkah kita terfikir perasaan mereka apabila mereka melihat sendiri gambar yang memalukan itu? Dan dimanakah sifat perikemanusiaan kita sebagai seorang yang berkerja di jabatan agama Islam? Seorang yang sepatutnya tidak melakukan perkara-perkara tersebut untuk tatapan umum. Seorang yang dipertanggungjawab untuk menegakkan hukum Allah dan Rasul tetapi menyalahgunakan kuasa dengan mengherdik pelaku kononnya mereka tidak tahu dosa pahala, padahal pada masa yang sama kita, sebagai penegak hukum agama sendiri, melakukan dosa yang lebih teruk dengan memaparkan keaiban pelaku-pelaku maksiat.
Bukankah itu menunjukkan keburukan kita sendiri dengan melacurkan agama serta memburukkannya ketahap yang tidak sepatutnya kita lakukan. Sebagai penegak hukum, pengamal undang-undang agama, perlukah kita melakukan perkara seumpama pelacur, memperdagangkan tubuh untuk kepentingan diri sendiri? Tidak ubahkah mereka-mereka di jabatan agama Islam seperti pelacur agama yang memburukkan agama kepada orang Islam sendiri terutama pelaku maksiat yang melihat akan tingkah laku pegawai agama tidak ubah seperti mereka?
Kenapa tidak dipaparkan akhlak dan tingkah laku yang mulia untuk menginsafkan pelaku-pelaku maksiat disamping mendekati serta bergaul dengan mereka untuk mendekatkan mereka kepada agama?
Tuesday, May 22, 2007
Pelacur Agama Vol 6
Ana terjumpa artikel ini bila menggunakan enjin pencarian Google untuk mencari laman web yang mengandungi perkataan 'Pelacur Agama'. Walaupun artikel ini pendek tetapi padat dengan mesej yang ingin disampaikannya. Artikel berkenaan pelacur agama seperti mana yang ana fikir dan tujuan utama blog ini dihasilkan. Mari kita renungkan:
assalamualaikum,...
ehemmm betulkan anak tekak dulu sebelum nak berkata kata.... apa yang akan aku katakan kat sini adalah satu pandangan dari mata aku tapi tak tahu laa kalau mata korang tak nampak apa yang aku nampak nih tapi rasanya korang pun nampak..
macam nih aku rasa zaman sekarang nih dah terlampau banyak sangat org yang melacurkan agama sebab apa aku kata melacurkan agama sebab korang tengok sendiri laa pakai tudung pas tu dul berkepit ngan jantan tu satu, ader yang pakai tudung lepas tu pakaian ya allah ngalahkan yahudi (sorry kalau terkasar) mana tidaknya pakai tudung seluar ketat nampak ketul ketul daging baju pulak ikss selagi tak nampak lebar dada tu selagi tu tak puas hati... mcm², yang lebih mengaibkan siap ader yang boleh ber**** pulak tu ikss dalam semak pulak tu bila org nampak malu bila kamera rakam malu tapi ngan allah tak malu... aku rasa laa diaorg nih tahu allah tu maha pengampun maha pemurah sebab tu diaorg berani kot.. kena kalau mati tak sempat tobat haaa padan muka.. seksa kau kat akhirat sedangkan sahabat nabi pun tak konfiden boleh masuk syurga inikan pulak kita iksss....
aku bukan nak kondem org yang pakai tudung, aku bukan nak kondem perempuan aku tak kondem sesiapa,.. tapi aku kondem para para pelacur agama.. yang laki pun apa kurang nyer lagi hebat lagi dasyat... yang minum arak, yang kaki zina, yang kaki judi... iksss sini aku nak ceritakan satu satu... aku rasa sekarang nih ngan zaman jahiliah dah tak jauh beza.. main judi dah tak jadik masaalah pergi kedai nombor tengok... majoriti org islam yang beratur.. tak malu ker... ikss
yang kaki arak lagi bagus.. pergi kat bangsar.. org yg bukan islam pun ader segan gak minum kat dalam dalam tapi yg islam pada nama nih selamber jerr minum kat luar apa diaorg ingat api neraka tu sejuk ker?....
yang berzina iksss tak kurang hebatnya.. bangga ngan dosa.. kalau dapat rosakkan perempuan, esok dah tak ada segan silu terus cerita kat kengkawan.. bila tegur melenting... apa yang nak dibangakan dengan dosa ... yang terasa hebat ngan kejahatan nih tak lah sehebat mana sebenarnya mereka hanyalah pelacur.. pelacur yang memegang nama islam dan merosak imej islam... yang paling best bila ader laa plak tok tok lebai yang aku rasa tip top dlm bab agama nih.. boleh join da club menjahamkan sama ... ader yg ehemmm ngan anak murid sendiri ada yang ehemm ngan anak sendiri iksss apa nih.... apa nih konfius aku.... mana otak nih... mana pegangan kita sebagai org islam.. apa kita nak jawab bila org bukan islam tanya? aku malu ngan perbuatan pelacur pelacur nih...
pelacur yang mengadaikan maruah islam....
ikss insap laa...
korang bayangkan manusia sekarang lagi takutkan kamera litar tertutup dari takutkan allah... sebab apa aku cakap cam tu kat melaka ader satu tempat yg banyak terjadi masaalah sosial mereka pasangkan kamera litar tertutup untuk memantau keadaan disana dan kesanya zero.. tiada lagi masaalah sosial di tempat itu... dan dari situ kita boleh berfikir kita takutkan siapa sebenarnya nih?...
dan akhir kata dari aku.. pikirkan siapa kita apa tujuan kita hidup apa matlamat kita...
maaf kalau ada salah silap aku cuma memberi tahu apa yang aku nampak.... sekian wasalam..
Menarik bukan? Topik yang sememangnya ingin ana kupas dan dedahkan. Wanita-wanita Islam yang menutup aurat tetapi pada masa yang sama melakukan maksiat! Bukan setakat itu sahaja, ada yang bertudung tetapi pada masa yang masa berbaju dan seluar yang ketat sehingga membonjolkan bahagian yang sepatutnya ditutup. Lurah yang sepatutnya ditutup, didedah. Punggung yang sepatutnya ditutup, didedah dengan berseluar ketat. Semuanya itu atas dasar Islam tetapi sebenarnya mereka melacurkan agama dan merosakkan imej Islam yang sebenar.
Kalau ikutkan hati mahu sahaja ana paparkan gambar-gambar remaja Islam sekarang berpakaian, bertudung tetapi ya Allah ya tuhanku, Engkau sahaja maha mengetahui mengapa dan kenapa mereka berpakaian demikian? Niat mereka suci, menutup kepala, sebahagian dari tuntutan menutup aurat tetapi pada masa yang sama mendedahkan lengan, punggung, dada dan banyak lagi bahagian badan mereka yang wajib ditutup.
Fesyen berskaf zaman 60-an yang sepatutnya tidak wujud lagi sekarang pun masih ada dan digayakan tanpa rasa berdosa oleh wanita-wanita Islam. Rambut tutup tetapi leher yang mulus dibiarkan terdedah untuk ditatap lelaki mata keranjang.
Berbaju ketat apa kurangnya sehingga menonjolkan lagi bahagian yang sedia bonjol. Baju berkain nipis dipakai dengan sengaja untuk menampilkan apakah warna pakaian dalam mereka. Nauzubillah minzalik!
Seluar pula seluar yang amat ketat sehingga bahagian yang wajib ditutup terdedah sehingga menampakkan keadaan sebenarnya punggung mereka. Sungguh memalukan perbuatan mereka ini kerana sesungguhnya mereka memburukkan nama Islam. Niat yang suci bertukar menjadi punca segala dosa-dosa mereka.
Majalah-majalah sekarang umpama menggalakkan mereka memakai pakaian sedemikian. Pakaian-pakaian yang berada di pasaran pula dihasilkan pembuat-pembuat kafirun yang sudah tentu tidak tahu menahu mengenai hukum hakam. Remaja wanita Islam pula menjadi mangsa membeli pakaian sedemikian demi mengikuti fesyen zaman sekarang yang kononnya nampak moden.
Adakah mereka sedar apa yang mereka lakukan atau mereka terperangkap dalam dunia fesyen yang kononnya disebut sebagai fesyen Islam? Fikir dan adililah sendiri.
Pelacur Agama Vol 5
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,Dalam agama, ada 2 jenis manusia yang amat ketara perbezaannya. Pertama, hamba Allah yang betul-betul ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik misalnya, dan yang kedua, seorang pelacur agama yang melacurkan agama sebagai sumber pendapatan tanpa memikirkan akan tanggungjawabnya yang sebenar.
Monday, May 21, 2007
Pelacur Agama Vol 4
Ana rasa kali ini gelaran 'Pelacur Agama' sangat sesuai diberi kepada seorang lagi Hamba Allah ini. Seorang perempuan, isteri kepada seorang Ustaz yang mengajar anak-anak Tahfiz, purdah lengkap segalanya tetapi perangai lebih teruk dari orang yang tidak menutup aurat. Ana rasa sangat sesuai gelaran 'Pelacur Agama' diberikan kepada si minah sakit otak ini.
Apa masalah dia? Ana dan isteri, percayakan dia untuk menjaga anak ana dari umur beberapa bulan sehingga berumur 2 tahun lebih tetapi anta tahu apa dia buat? Dia dera ana punya anak??!!!! Sampaikan jiran sebelah rumah, isteri Ustaz yang mulia hatinya, selalu mendengar anak ana menangis didera oleh perempuan gila, pelacur agama ini! 2 kali jari anak ana terbelah nampak isi, badan luka-luka dan muka jangan ceritalah, calar balar. Yang paling akhir, anak ana dicubit dibelakang sehingga terkeluar isi. Dan ketika itu anak ana berumur 2 tahun lebih!!????
Anta boleh bayangkan tak? Anak kecil berumur 2 tahun terpaksa menanggung itu semua? Terpaksa menerima perbuatan gila pelacur agama itu? Sebabnya ana rasa, ana punya anak lebih aktif dari anaknya dan bila anaknya hendak bermain, anak ana dijadikan 'punching bag'. Dicakar, diketuk, digigit dan bermacam-macam lagi penderaan fizikal yang dilakukan kedua beranak iblis itu!
Selama 2 tahun lebih itu ana dan isteri tidak tahu menahu apa-apa kerana kami berdua sentiasa bersangka baik dan menganggap mereka seperti saudara. Dan yang paling menjijikkan isteri ana pernah membawa betina ini membeli belah di pusat membeli belah atas dasar menolong.
Ana dan isteri buntu, tidak tahu apakah akibat betina ini bertindak sedemikian tetapi ana rasa, betina ni tertekan sebab selalu ditinggalkan suaminya yang sibuk keluar ke jalan Allah tanpa mengambil berat hal ehwal isterinya di rumah. Mungkin banyak sebabnya tetapi bagi ana, 2 perkara yang ana sebutkan diatas mungkin pengaruh terbesar.
Maklumlah, suaminya sentiasa sibuk mengajar anak-anak tahfiz tetapi tiada masa untuk melayan isterinya. Bila pulang ke rumah sibuk nak layan VCD drama Spektra Amy Mastura pula. Bila isteri dia dera anak ana, langsung dia tak tegur, dayus punya suami takut dengan isteri! Mengajar orang pandai tetapi isteri sendiri ditakuti.
Ana dan isteri cukup-cukup menyesal kerana tidak mengambil tindakan undang-undang kepada sipelacur ini atas dakwaan mendera. Sesalan ini cukup membuatkan ana bertekad ingin mendedahkan kepincangan yang berlaku didalam keluarga ahli-ahli Tabligh ini. Bukan satu, bukan dua, banyak kisah yang ingin ana dedahkan. Kepincangan yang sepatutnya tidak berlaku kepada seorang ketua keluarga yang sentiasa berusaha membaiki iman tetapi dia lupa hal ehwal iman keluarganya di rumah.
Ada satu kisah, bapanya seorang pengusaha Tabligh, imam masjid Qariahnya tetapi mempunyai seorang anak kaki filem-filem lucah! Ada juga anak-anak kaki gaduh, pemabuk, pencuri, perompak, penzina dan bermacam lagi. Ayah mereka sibuk keluar sana sini untuk agama tetapi bila pulang ke rumah lupa berusaha untuk anak isteri mereka. Dan yang paling teruk si isteri berzina dengan orang lain apabila sisuami keluar ke jalan Allah. Nauzubillah min zalik!
Yang peliknya, anta tahu apa alasan yang biasa ana dengar bila mereka ada masalah anak isteri? Tiada hidayat atau tiada hidayah Allah atau bukan senang nak tarbiyah anak isteri. Memanglah tiada apa-apa kerana anta tiada usaha apa-apa, macam mana hidayah Allah nak sampai. Kau sibuk berdoa untuk diri kau dan umat tetapi lupa berdoa untuk anak isteri kau! Kau bangun sembahyang malam menangis teresak-esak tetapi kamu lupa anak isteri kamu di rumah. Lepas tu nak serahkan bulat-bulat pada Allah dengan mengatakan tiada hidayah? Ada juga si suami aktif bertabligh, tetapi siisteri dirumah pakai tudung on off ikut suka hati dia. Pelik ana manusia-manusia yang menggelarkan diri mereka pengamal agama dan sunnah Rasulullah ini.
Bab aurat pun tidak boleh nak tegur isteri? Tiap-tiap minggu ana nampak pergi markas, iktikaf, keluar 3 hari tetapi isteri di rumah, on off. Pelik bin ajaib. Tiada hidayat katanya!
Bila sentuh bab hidayah ini, mereka selalu berkata anak isteri Nabi Noh pun tidak ikut Nabi Noh inikan pula kita manusia akhir zaman. Alahai, kalau setakat usaha sekali dua, lepas tu cakap dengan isteri macam orang gaduh kat Parlimen, mana ada masuk bang! Mestilah dia jauh nak dapat hidayah. Cara anta tu takde hikmah! Rasulullah pun selalu berpesan, nak didik anak isteri, berhikmahlah. Bak kata orang sekarang la, bodek-bodek la sikit. Maklumlah, anak dah besar, dah veteran ni geli la pulak nak bodek-bodek isteri, sebab tu la isteri tak reti nak tutup aurat. Buat isteri macam orang asing, macam pendatang haram padahal setiap malam tubuh itulah yang dijamah!
Satu lagi alasan yang biasa kita dengar, nak tunggu anak isteri sempurna baru nak keluar jalan Allah sampai kiamat pun tak keluar. Biasala tu, ayat melepaskan diri! Masalahnya usaha anta tiada, cakap dengan anak bini seumpama cakap dengan orang asing, macam mana anak bini anta nak ikut? Masa anta keluar, anta rajin ikram jemaah tetapi masa kat rumah, anta pemalas, nak basuh gelas sebiji pun anta tak reti. Tolong menolong dalam keluarga takde, macam mana bini anta nak hormat? Bila anta rajin anta tolong, bila anta malas, anta buat tak tahu. Menolong isteri tiada istiqamah, anta buat bila anta bersemangat sahaja!
Masa keluar bukan main lagi cakap Ikram, Ikram, Ikram, Ikram Muslimin, betul lah tu, Ikram muslimin tetapi kat rumah terabai! Yang anta tahu tidur, makan dan jimak! Bagus punya suami contoh! Ana bukannya menuntut anta menyempurnakan anak isteri anta sampai perfect tetapi cukuplah sekadar anta betulkan akidah anak isteri anta. Ana tengok pengusaha Tabligh lain boleh buat kenapa anta tidak? Dalam 1 masalah ada 1001 jawapan bang!
Bila baca tulisan ana ini, janganlah cepat melatah wahai pengusaha Tabligh, renungkanlah secara positif, buang yang keruh ambil yang jernih. Semak balik apa yang tidak betul dengan niat kamu itu. Betul ke apa yang kamu buat selama ini di rumah? Anta dengan anak kau macam sahabat ke atau macam Islam dengan yahudi mabuk? Anta dengan isteri anta macam mana? Boleh sembang macam kawan duduk melepak kedai mamak ke? Boleh bergurau, bertepuk bertampar (bukan pelempang) dengan isteri seumpama kanak-kanak bergurau?
Periksalah balik, betulkan niat dan didiklah anak isteri anta dengan istiqamah.
Sunday, May 20, 2007
Pelacur Agama Vol 3
Pagi tadi ana ke rumah mak cik ana di TPG. Dari bulan mac sehingga bulan mei, rumah banglonya masih belum siap-siap lagi. 2,3 kali ana menziarahi dia setelah berpindah ke banglo baru, 2,3 kali lah juga ana mendengar rungutan dia tentang kontraktor yang membuat kerja-kerja di banglonya.
Dan yang terbaru, seorang manusia berkopiah putih (ini kes kedua, kes pertama, kakak ana punya kontraktor) menipu mak cik ana sebanyak RM15K untuk membaiki bilik-bilik di banglo itu. Pada mulanya sipelacur ini berlagak baik dengan memberi jaminan bahawa jika kerja-kerjanya tidak memuaskan, dia akan berhenti membuat kerja-kerja lain. Pada mulanya pak cik dan mak cik ana percaya akan kata pelacur ini dan membenarkan dia membaiki bilik yang pertama.
Bilik yang pertama dibaiki dan sudah tentulah kerjanya memuaskan kerana sipelacur ini hendak pastikan dia mendapat kerja untuk membaiki semua bilik. Seperti biasa pelacur ini akan membuat penipuan besar dengan membuat kerja separuh jalan setelah duit RM15K diberi kepadanya. Duit sudah berada di genggaman, bilik tidak siap, mutu kerja lebih teruk dari kerja orang kafir buat dan dengan muka tidak tahu malu pakai kopiah kononnya dia muslim yang baik.
Ana cukup-cukup menyampah dengan manusia sebegini. Menggunakan kopiah di kepala penipu dia untuk menyakinkan orang bahawa dialah muslim sejati. Kononnya muslim yang amanah, muslim yang bertanggungjawab tetapi hakikat sebenarnya, pelacur agama. Melacurkan agama untuk kepentingan diri sendiri atas dasar tamak haloba! Duit yang dia dapat dari hasil menipu pak cik mak cik ana itu dia fikir berkat ke nak bagi anak isteri makan? Dia ingat kat dunia ni dia boleh lepas, di padang Mahsyar boleh lepas ke?
Lewat petang, ana ke rumah pak cik ana yang berdekatan dengan banglo mak cik ana. Ana berkesempatan membaca kisah seorang lagi pelacur agama (perempuan!) yang tinggal dan menetap di luar negara, menjadi pengerusi untuk masyarakat Islam di sana, mencipta lagu memuji isteri Rasulullah TETAPI ana tidak nampak dimana Islamnya dia ini? Nama dia pun dah tak pakai binti kepada sibapanya tetapi ditukar kepada nama inggeris, tudung tidak dipakai, rambut pun dah nak sama dengan rambut kafirun, ada hati nak mempromosi Islam melalui lagu?
Siperempuan ini juga ana anggap pelacur agama kerana merosakkan Islam dengan akhlaknya tetapi mencipta lagu untuk mendedahkan Islam kepada orang barat? Itukah Islam yang dituntut sebenarnya? Itulah Islam pada pandangannya, islam liberal yang sekarang ini begitu banyak menular di negara kita. Semuanya dibuat kononnya atas nama Islam tetapi hakikatnya mengikut nafsu dan fikir ikut logik mereka sendiri. Rasanya satu kapal dengan SIS ni.
Pada pandangan ana, Sisters In Islam, melacurkan agama kononnya merekalah pejuang Islam yang sebenarnya, pejuang kaum wanita Islam yang sejati. Yang kononnya berjuang untuk menegakkan hak wanita Islam di Malaysia. Asas dalam Islam untuk wanita Islam supaya menutup aurat pun tidak diamal, inikan pula ingin memperjuangkan hak wanita Islam? Apa yang hendak diperjuangkan lagi? Tidak cukup lagi al-Quran dan Hadis untuk rujukan kepada maslahat kehidupan kita? Masih tidak sempurna lagi? Kalau ikut otak pelacur agama macam mereka itu tidak cukup agaknya.
Dengan aurat yang tidak ditutup, mereka melaungkan hak saksama kepada wanita Islam. Mereka dengan bangga bercerita tentang Islam mengikut logik akal fikiran mereka yang liberal tanpa berlandaskan al-Quran dan Hadis. Sungguh rosak dan merosakkan mereka ini dan seperti biasa ana menggelarkan mereka-mereka di SIS itu semuanya pelacur agama! Manusia yang tiada sedikit pun niat untuk mencantikkan Islam malah memburukkan Islam dengan cakap-cakap mereka yang kosong itu. Hala tuju yang entah kemana agaknya ana sendiri pun tidak nampak apakah faedahnya SIS ini! Pelacur!Pelacur agama SIS ini ana akan ulas dengan lebih lanjut nanti. Harap bersabar. Semua orang akan kena. Tunggu.
Saturday, May 19, 2007
Jangan Salah Anggap
Bawak bertenang, bawak mengucap. Ana bukannya anti Tabligh, kenapa pula ana dikatakan anti Tabligh? Ana hanya menyampaikan benda yang telus, perkara yang betul-betul berlaku kepada ana apabila mengenali mereka-mereka yang menyertai Tabligh.
Ana masih ada kawan dan sahabat yang menyertai Tabligh dan mereka tidak pernah menyusahkan atau menipu ana untuk kepentingan mereka. Walaupun mereka susah, ana tidak keberatan menolong mereka kerana they are true friends. Orang-orang yang ikhlas dalam menjalankan Tabligh. Orang yang senantiasa menjaga hubungan dia dengan orang lain tanpa perlu mengambil kesempatan.
Ana cuma mengambil contoh beberapa Pelacur Agama dalam Tabligh yang ana kenal dimana setakat ini sudah 2 orang ana temui. Mereka mempunyai keluarga, ada anak 3,4 orang tetapi perangai menipu itu tidak boleh mereka tinggalkan. Menipu, mengambil kesempatan atas nama Tabligh. Mengajar orang supaya sentiasa bersangka baik tetapi pada masa yang sama apabila wang ringgit diperolehi, mereka akan melakukan perkara yang buruk. Ziarah kawan pun tidak. Langsung tidak berani untuk menjenguk ana yang dahulunya dianggap sahabat dalam Tabligh.
Kalau ana beri nama kedua 'pelacur' ini barangkali ada orang yang akan terkejut kerana salah seorang darinya adalah orang yang agak famous dalam Tabligh di Malaysia ini. Sebut sahaja tempat/kampungnya orang akan terus menyebut namanya. Seolah kampung tersebut amat sinonim dengan nama sipelacur ini.
Adik sipelacur ini pula seorang wanita, ada menyampai kebimbangannya melalui isterik ana bahawa dia risau kerana sudah terlalu banyak penipuan dan kegoblokan abangnya kepada penduduk di kampung mereka. Isteri ana hanya diam tanpa berkata, hanya mengangkat bahu tanda kurang faham dengan apa yang berlaku. Bertuah ana mempunyai isteri sebegini.
Apa sipelacur itu dah buat dengan ana? Pendek cerita, ana memberi amanah kepadanya untuk menjalankan 1 projek besar, dekat RM80K duit ana hangus disebabkan pelacur agama ini! Projek separuh siap, duit habis, hilang sahabat! Sampai sekarang dia tidak menziarahi ana kerana takut dan khabar terbaru ana dengar, makin ramai orang lari dari dia kerana terlalu banyak menipu. Syabas Inpektor Shahab! Sebelum bagi projek itupun ana ada dengar banyak cerita mengenai beliau tetapi ana berfikiran terbuka. People's change detik hati ana tetapi sekarang lihat apa yang terjadi? Hilang sahabat! Bila berselisih kereta lambai tangan pada ana tetapi ana langsung tak balas. Perlu ke ana balas kalau duit ana RM80K habis dijoli pelacur agama ini?
Orang cakap senang, maafkanlah dia, tiada rezeki. Belum kena batang hidung sendiri bolehlah cakap. Cuba kasi dia RM30K cukuplah, sure habis! Mana dia habiskan duit, ana tidak pasti tetapi apa yang ana tahu projek tidak siap 100%, duit habis dari awal lagi dan barang-barang tidak dapat dibeli. Malah ana dengar cerita pekerjanya, gaji pun tidak dibayar!
Berkopiah, berserban dan berjubah 24 jam tetapi perangai mengalahkan yahudi even worst than that!
Pelacur Agama Vol 2
Pelacur agama ini ada dimana-mana dan mereka ini sebenarnya senang untuk dikenalpasti dan seterusnya dijauhi. Mereka ini bertopengkan agama, bertopengkan jubah, kopiah serban tetapi hati lebih teruk dari orang kafir. Mana tidaknya, berkawan dengan seseorang bila ada kepentingan. Jika orang itu tidak membawa apa-apa faedah, maka orang itu lama-kelamaan akan dijauhi.
Pelacur agama ini ramai, maklumlah akhir zaman, dunia dah nak kiamat ni macam-macam akan keluar, dajjal kecil, dajjal besar, bapak dajjal dan macam-macam lagi saudara-mara dajjal. Golongan pelacur agama ini pun tidak ketinggalan muncul. Ada bermacam fesyen dan tingkahlaku mereka ini tetapi yang paling penting, berkawan ada makna!
Bercakap perihal dajjal ini, beberapa minggu lepas ana ada menerima email sampah yang ana sendiri pun tidak tahu apakah matlamat dan tujuan email sebegini disebarkan. Didalam email tersebut, si penulis sampah ini memaparkan tentang makluamt serba ringkas tentang salah seorang dajjal kecil anggapannya dan berdoa dia dan umat Islam dijauhi TETAPI apa yang ana dapat tangkap disini adalah, email ini seumpama dakyah. Dakyah? Kenapa ana kata dakyah?
Kerana email ini memberi makluamt serba ringkas tentang keajaiban manusia ini serta kebolehan-bolehan dia mengeluarkan tepung dari tangan contohnya. Ada beberapa lagi contoh keajaiban beliau yang ditulis penulis dakyah ini. Bagi ana email sebegini dengan maklumat dan pautan kepada laman web si manusia itu seolah mempromosi akan keajaiban beliau yang ana sendiri tidak yakin dia mempunyai keajaiban.
Ana tahu email sebegini memang elok sebagai peringatan tetapi nampaknya seperti satu promosi percuma di kalangan umat Islam untuk manusia laknat itu! Manusia ini sememangnya bukan beragama Islam tetapi diberi promosi oleh umat Islam dengan menyebar dan menghantar email kesemua rakan seagama. Dalam email itu juga dipaparkan gambar-gambar manusia laknat itu, senarai 'keajaibannya' serta laman webnya. Sudah pasti sesiapa yang membaca akan klik di pautan laman webnya bukan?
Kepada yang belum mengenali manusia itu akan mengenalinya melalui email tersebut dan disebar melalui email ke email. Apa tujuan sebenarnya? Untuk ingat mengingati? Tidak bolehkah disebarkan email yang lebih berfaedah seperti petikan al-Quran atau Hadis? Kenapa perlu dipaparkan keburukan manusia durjana itu? Kenapa tidak dipaparkan tentang keindahan dan kemurniaan agama Islam? Bukankah lebih elok kita bercakap tentang perkara-perkara yang memberi faedah? Sebelum kena condemn, blog ini bukan untuk memaparkan keburukan tetapi untuk membuka pekung yang selama ini bersembunyi disebalik agama supaya pembacanya akan sentiasa berwaspada dengan pelacur agama ini.
Ana lebih suka membaca email tentang jauhi dosa, tentang membuat pahala, tentang akhlak-akhlak mulia, betapa besar nilai sedekah misalnya dan banyak lagi. Kenapa perlu dipaparkan tentang orang bukan Islam? Apa yang hendak ditakutkan sangat dengan orang bukan Islam ini? Oleh sebab itu ana menganggap email sebegini adalah email sampah atau dakyah kafir untuk menakutkan umat Islam kepada individu dan bukannya takut kepada Allah. Am i right?
Penulis email ini juga, bagi ana, jika dia seorang Islam, ana anggap Pelacur Agama kerana menggunakan topik berkaitan agama untuk menakutkan manusia kepada manusia lain dan bukannya kepada Allah S.W.T. Pelacur agama yang hanya tahu menyebar email tanpa berfikir akan baik buruknya sesuatu email yang akan dia sebarkan itu. Tidak perlu untuk bercerita tentang manusia kafir itu, apa hebatnya dia dibandingkan Rasulullah? Kenapa tidak disebarkan email tentang keperibadian Rasulullah? Tentang mulianya kahlak Rasulullah. Bukankah itu yang hendak kita tiru? Wallahu alam.
Pelacur Agama Vol 1
Pasti anta terkejut dengan tajuk blog ini kan? Inilah blog yang bakal membongkar segala kudis kurap panau dan hati busuk manusia-manusia yang melacurkan agama untuk meraih sesuatu dari orang lain. Anaakan mengupas satu demi satu kepincangan, kerosakan, kepesongan, kekalutan mereka-mereka yang bertopengkan agama untuk menipu manusia serta merosakan segala hubungan mereka dengan manusia lain.
Mereka-mereka ini ana gelar Pelacur Agama dan blog ini ditujukan khas untuk barua-barua seperti atau yang lebih kurangnya seperti mereka.
Bukan susah hendak mencari Pelacur Agama ini tetapi sebelum ana pergi lebih jauh lagi, ana
Cukup setakat itu berkenaan sejarah asal usul pelacuran ini. Ana bukannya ahli sejarah atau pakar sejarah untuk mengupas sampai terkupas habis cerita pasal pelacur ini, cukuplah setakat itu.
Apa yang ingin ana utarakan adalah pelacur-pelacur agama ini, bukannya pelacur belakang mati tetapi manusia biasa yang dari luarnya kita lihat seperti orang alim, kaki masjid, sembahyang jemaah tidak tinggal tetapi dalam hati lebih teruk dari Yahudi Mabuk.
Kenapa ana kata mereka ini lagi teruk dari Yahudi Mabuk? Satu sahaja jawapan yang tepat; mereka ini berpakaian seperti mereka ini seorang ahli agama, dengan janggut panjang segenggam, dengan kopiah lain dari orang lain tetapi hati mereka begitu busuk, lebih busuk dari bau jamban seminggu tidak dikendali. Kenapa mereka lebih teruk dari yahudi mabuk? Kalau yahudi mabuk ni, kita dah tahu yang dia ni yahudi, mabuk pulak tu, sudah tentu kita akan menjauhkan diri dan sudah pasti kita tidak diganggu yahudi mabuk tadi. Lainlah kalau anta
Pelacur agama ini pula kita tidak tahu betapa busuk, buruk dan teruknya hati mereka kerana pada luaran kita lihat mereka bersembahyang disebelah kita, ambil air sembahyang disebelah kita, cakap bab agama berkobar-kobar, 4 bulan, 40 hari, 3 hari tunai TETAPI dalam hati ada niat lain. Tasykil sana, tasykil sini tetapi dalam hati penipu besar. Malaun durjana yang tidak layak dibuat sahabat apatah lagi sebagai kawan baik.
Jangan salah faham, ana tiada masalah dengan pakaian mereka tetapi akhlak mereka itu sendiri menjijikkan pakaian mereka sehingga ana terfikir untuk mengoyakkan pakaian mereka. Kenapa? Kerana mereka tidak layak berpakaian sedemikian dan merosakkan agama!
Dia akan rapat dengan kita bila dia ada hajat. Bila dia ada masalah dia akan lebih rapat dengan kita. Belanja minum teh tarik kedai mamak perkara biasa yang mereka akan buat bila mula-mula berkenalan dengan kita. Kalau keluar 3 hari tu, kitalah orang pertama yang akan diajaknya. Sanggup tunggu depan rumah untuk pastikan kita tidak lari. Pendek kata sanggup buat apa sahaja. Terjun lurah pun agaknya dia sanggup.
Itu semasa mereka baru hendak mengenali kita tetapi bila dah kenal, jeng jeng jeng (ikut muzik filem Allahyarham P Ramlee (semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya), bermulalah drama spektra pelacur-pelacur agama ini.
Perkara yang selalu berlaku, pinjam duit. Biasalah pelacur-pelacur ini memang selalu takde duit. Mana tidaknya, kerja malas, cari rezeki malas, duduk di masjid sampai pukul 9-11 pagi berdoa minta rezeki sedangkan Allah suruh kita cari rezeki awal-awal pagi. Yang sipelacur ini pula, awal-awal pagi dia bukannya buat apa-apa. Kononnnya berzikir tetapi tidur sambil terduduk di saf pertama, atas nama beribadat. Lepas sembahyang Israk, dia sambung tidur sambil duduk lagi dan selepas itu dia bangun menyambung sembahyang Dhuha dan minta doa kepada Allah supaya murahkan rezeki. Betul ke macam tu?
Saat dan ketika itu, orang sudah lama bekerja, masuk pejabat bagi yang mempunyai pekerjaan, kedai kopi sudah lama dibuka, pasar sudah lama dikunjungi pembeli tetapi sipelacur ini hanya duduk kat masjid mengharapkan rezeki datang bergolek. Paling kuat dia akan membaca Yasiin untuk memudahkan segala urusannya untuk menipu dan mendapatkan simpati orang. Seperti biasa mengguna atau melacurkan agama untuk kepentingan diri sendiri! Lebih teruk, menggunakan ayat-ayat suci al-Quran untuk memudahkan urusan mereka menipu manusia.
Pinjam meminjam ini perkara biasa bagi kebanyakan pelacur agama ini kerana mereka memang sentiasa mengharapkan belas ihsan orang untuk menipu atas nama agama. Nak keluar 4 bulan, 40 hari tiada duit jadi terpaksalah meminjam. Nak hisap rokok, nak lepak kedai mamak ada pula duit? Tidak mampu nak pakai kereta, nak pakai kereta. Bila kereta rosak mulalah cari mangsa nak pinjam duit. Sebelum dapat duit, mulut memang manis! Kalah bekas ratu cantik Erra Fazira. Lembut segala-galanya. Janji bulan depan nak bayar tetapi akhirnya langsung hilang bersama duit. Hilang entah kemana. Bukannya susah pun kalau betul-betul nak bayar. Sebulan kasi RM50 pun dah cukup. Bukannya mintak seketul RM400, mintak bayar sebulan RM50 je, bukannya banyak mana pun. 8 bulan sure dah settle kan?
Nak kata takde duit, tiap-tiap hari ada pelanggan, tiap-tiap hari ada projek, tiap-tiap hari duit masuk, tiap-tiap hari lepak kedai mamak. Nak bayar RM50 pun susah ke? Atau memang dah niat sipelacur ni dari awal, taknak bayar hutang, itu ana tak tahulah. Tapi itu hakikatnya, ana tertipu dengan manusia sebegini. Ada sekali ana dengar cerita dia keluar 40 hari setahun selepas tidak menghubungi ana. Keluar 40 hari boleh pulak? Ada duit? Memang dasar pelacur! Bertopengkan agama tetapi perangai mengalahkan Yahudi Mabuk!
Nanti ana sambung vol 2 pulak!
