Tuesday, October 30, 2007

Pelacur Agama 13

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,

Suasana Hari Raya masih terasa setelah hampir 20 hari Syawal tiba disambut meriah.

Ziarah menziarahi amalan mulia kerana ziarah sebenarnya membawa rahmat. Orang yang diziarahi atau yang menziarah keduanya akan mendapat rahmat dari Allah S.A.W.

Melalui ziarah ini juga, pelbagai cerita diperolehi samada ianya baik mahu pun buruk.

Kali ini ana ingin menceritakan sebuah lagi kisah mengenai segelintir manusia atau layak ana panggil sejenis manusia keji yang menggunakan pangkat atau kedudukannya sebagai imam masjid untuk mendapatkan kepercayaan orang.

Mereka ini tidak ubah pelacur, menggunakan kedudukannya sebagai imam di tempat mereka untuk meraih kepercayaan orang di qariahnya tetapi menipu.

Apa yang ana ingin ceritakan disini ialah bagaimana golongan ini yang menjalankan pekerjaan sebagai kontraktor, menggunakan pangkat mereka sebagai imam untuk meraih kepercayaan namun sebaliknya mempunyai hati yang keji dan kotor.

Di depan orang lain, bahasanya begitu lembut memujuk dan menagih kepercayaan orang namun hati mereka busuk dan penuh dengan muslihat.

Alhamdulillah kerja-kerja kontraktor dapat disiapkan namun sempat juga manusia keji ini menyeleweng duit dari orang lain tanpa memikirkan siapakah mereka pada pandangan anak qariah mereka.

Bayangkan seorang imam masjid, menipu dan membohongi orang untuk duit dan diberi makan kepada isteri-isteri dan anak-anaknya.

Apa sudah jadi dengan institusi imam-imam di Malaysia ketika ini? Penuh dengan manusia berhati busuk dan keji? Menjalankan tugasa sambil menipu orang?

Adakah mereka-mereka ini layak dijadikan imam sesebuah qariah atau layakkah mereka untuk mengimami orang didalam sembahyang? Adakah orang fasik seperti mereka ini layak menjadi imam?

Lebih menakutkan imam keji ini menjalankan usaha dakwah tabligh dimana mereka menggunakan alasan untuk keluar 4 bulan atau 40 hari untuk melarikan diri dari bebanan hutang atau dari orang-orang yang menuntut hutang dari mereka.

Adakah ini tandanya dunia akan kiamat dalam masa terdekat kerana sudah terlalu banyak penyelewengan dari orang-orang agama yang sepatutnya kita percayai dan harapkan?

Apa sudah jadi dengan masyarakat Islam sekarang ini?

No comments: