Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,
Suasana Hari Raya masih terasa setelah hampir 20 hari Syawal tiba disambut meriah.
Ziarah menziarahi amalan mulia kerana ziarah sebenarnya membawa rahmat. Orang yang diziarahi atau yang menziarah keduanya akan mendapat rahmat dari Allah S.A.W.
Melalui ziarah ini juga, pelbagai cerita diperolehi samada ianya baik mahu pun buruk.
Kali ini ana ingin menceritakan sebuah lagi kisah mengenai segelintir manusia atau layak ana panggil sejenis manusia keji yang menggunakan pangkat atau kedudukannya sebagai imam masjid untuk mendapatkan kepercayaan orang.
Mereka ini tidak ubah pelacur, menggunakan kedudukannya sebagai imam di tempat mereka untuk meraih kepercayaan orang di qariahnya tetapi menipu.
Apa yang ana ingin ceritakan disini ialah bagaimana golongan ini yang menjalankan pekerjaan sebagai kontraktor, menggunakan pangkat mereka sebagai imam untuk meraih kepercayaan namun sebaliknya mempunyai hati yang keji dan kotor.
Di depan orang lain, bahasanya begitu lembut memujuk dan menagih kepercayaan orang namun hati mereka busuk dan penuh dengan muslihat.
Alhamdulillah kerja-kerja kontraktor dapat disiapkan namun sempat juga manusia keji ini menyeleweng duit dari orang lain tanpa memikirkan siapakah mereka pada pandangan anak qariah mereka.
Bayangkan seorang imam masjid, menipu dan membohongi orang untuk duit dan diberi makan kepada isteri-isteri dan anak-anaknya.
Apa sudah jadi dengan institusi imam-imam di Malaysia ketika ini? Penuh dengan manusia berhati busuk dan keji? Menjalankan tugasa sambil menipu orang?
Adakah mereka-mereka ini layak dijadikan imam sesebuah qariah atau layakkah mereka untuk mengimami orang didalam sembahyang? Adakah orang fasik seperti mereka ini layak menjadi imam?
Lebih menakutkan imam keji ini menjalankan usaha dakwah tabligh dimana mereka menggunakan alasan untuk keluar 4 bulan atau 40 hari untuk melarikan diri dari bebanan hutang atau dari orang-orang yang menuntut hutang dari mereka.
Adakah ini tandanya dunia akan kiamat dalam masa terdekat kerana sudah terlalu banyak penyelewengan dari orang-orang agama yang sepatutnya kita percayai dan harapkan?
Apa sudah jadi dengan masyarakat Islam sekarang ini?
Tuesday, October 30, 2007
Saturday, October 27, 2007
Pelacur Agama 12
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,
Selamat Hari Raya ana ucapkan kepada semua, berbahagia kepada mereka yang berjaya menundukkan nafsu mereka ketika Ramadhan yang lepas. Dan betapa ruginya kepada mereka yang tidak berjaya menundukkan nafsu mereka ketika Ramadhan kerana kita tidak tahu adakah kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
Kali ini ana ingin kemukakan satu lagi kaum yang menggelarkan diri mereka pejuang agama Islam yang kononnya membela Islam dengan meletupkan diri mereka sendiri, membunuh diri dan membunuh manusia yang berada di sekeliling mereka.
Apa pendapat anda, mereka-mereka ini layak dan patut digelar pelacur agama kerana mereka menggunakan membela nama Islam yang suci sebagai landasan atau batu loncatan untuk mereka membunuh manusia yang tidak berdosa.
Mereka fikir dengan meletupkan diri dan orang kafir, mereka membela umat Islam yang teraniaya. Mereka mendaulatkan Islam?
Pada pendapat anta sekalian? Adakah mereka membela umat Islam yang teraniaya di Palestin atau di mana sahaja di seluruh dunia?
Adakah meletupkan diri, membunuh diri dan memusnahkan orang kafir dituntut oleh Islam dan lebih-lebih lagi Rasulullah?
Ana ada dengar orang kata, darah dibayar darah dan orang awam dibayar orang awam. Mereka memusnahkan orang awam Islam dan kita patut membayar darah orang awam Islam dengan darah orang awam kafir?
Itukah yang dikehendaki Rasulullah S.A.W jika Baginda masih hidup? Itukah yang dikehendaki oleh Allah S.W.T? Memusnahkan umatNYA dengan meletupkan diri menghantar mereka terus ke neraka?
Pada pendapat ana, mereka-mereka ini adalah pelacur agama, malah lebih teruk dari pelacur itu sendiri kerana mereka sebenarnya mengotorkan nama Islam yang bersih dengan tindakan mereka yang barbaric itu. Adakah betul apa yang dilakukan oleh mereka?
Cuba kita imbas kembali ketika awal permulaan Rasulullah menjalankan dakwah, Baginda ke Taif untuk menyeru penduduk di kota itu ke arah Islam namun apa yang berlaku? Baginda dihina, dicerca malah lebih teruk lagi dicederakan sehingga Allah mengutuskan 2 malaikat mengadap Baginda untuk memusnahkan penduduk di kota Taif dengan arahan Baginda Nabi.
Apa yang Baginda lakukan? Mengarahkan kedua malaikat tersebut memusnahkan penduduk kota Taif? Tidak! Sebaliknya Baginda berdoa kepada Allah yang suatu ketika nanti anak cucu penduduk kota Taif akan menerima Islam walaupun sekarang ibubapa mereka menolak.
Lihatlah betapa mulianya Baginda walaupun diperlakukan sedemikian? Masih berdoa untuk hidayah Allah kepada mereka yang menghina Baginda dengan perbuatan kejam mereka sehingga menitis darah Nabi ke bumi. Menitis ke dalam kasut Baginda sehingga darah mulia Baginda kering dan tapak kaki baginda melekat dengan kasut Baginda.
Cuba bezakan Baginda dengan puak-puak pelacur agama yang memusnahkan umat manusia dengan meletupkan diri mereka dan membunuh manusia yang tidak beriman. Tidakkah kita terfikir bahawa manusia yang tidak beriman akan memasuki neraka sebaik sahaja mereka mati? Tidakkah kita terfikir Baginda senang dengan perkara sedemikian jika ianya berlaku di depan Baginda?
Baginda menitiskan air mata apabila seorang yahudi meninggalkan dunia kerana yahudi itu mati tanpa iman dan terus memasuki neraka kerana tiada seorang pun yang menyampaikan Islam kepadanya.
Berbeza dengan puak durjana pelacur Islam yang meletupkan diri mereka dan membunuh umat manusia ini. Mereka membunuh orang kafir, mereka mati tanpa iman, tanpa Islam dan terus memasuki neraka!
Cuba bayangkan betapa ramai manusia mati tanpa iman kerana puak-puak durjana ini mempercepatkan proses tersebut dengan membunuh mereka?
Mereka fikir mereka membela umat Islam yang teraniaya di serata dunia. Adakah umat Islam yang teraniaya itu betul-betul endahkan Islam sebenarnya? Cuba lihat Palestin. Adakah mereka betul-betul fikirkan pasal Islam sehingga mereka dizalimi. Apa yang mereka ajar kepada anak-anak mereka ketika ini? Membaling batu ke arah kereta kebal Israel dengan harapan batu-batu itu akan bertukar menjadi peluru berpandu atau roket? Mungkin pernah berlaku tetapi adakah itu yang berlaku setiap hari? Batu bertukar roket?
Masjid-masjid di Palestin kosong, kalau ada hanya segelintir orang tua sahaja yang mengimarahkannya sedangkan yang muda hanya menghabiskan masa membahayakan diri mereka membaling batu tanpa memperdulikan amal. Subuh mereka di mana? Dzuhur mereka di mana? Asar mereka di mana? Maghrib Isyak?
Ana ambil satu lagi contoh, di Bosnia khusunya. Apa sudah jadi dengan umat Islam di sana sebelum datangnya Serbia memusnahkan mereka? Mereka hidup seperti kehiduapn orang kafir! Amalan Islam ditinggalkan, Islam hanya tinggal nama dan yang penting maksiat berleluasa! Maka datanglah bala Allah! Yang kasihannya orang tua dan kanak-kanak menjadi mangsa.
Masalahnya begini, kita umpamakan sekumpulan manusia yang berada di atas kapal dan satu lagi kumpulan manusia di perut kapal. Kumpulan manusia yang berada di bahagian perut kapal terasa dahaga dan mereka perlukan minuman maka mereka menebuk perut kapal itu untuk mendapatkan air minuman. Jika kumpulan manusia yang berada di atas kapal tidak melakukan apa-apa maka, kesemua mereka akan tenggelam akibat kejahilan kumpulan manusia di perut kapal itu tadi.
Begitulah seterusnya, jika maksiat berleluasa, tiada orang yang mencegahnya, yang mencegah pun jenis manusia pervert, macam mana hendak kita mencegah maksiat? Maksiat hanya dapat dicegah apabila dakwah dijalankan. Tanpa dakwah manusia jauh dari agama.
Banyak lagi sebenarnya kisah-kisah semasa berkenaan umat Islam yang teraniaya dulu hingga sekarang. Di Acheh umpamanya, pasti kita tahu apa yang berlaku bukan? Begitu juga di Selatan Thai. Apabila maksiat berleluasa, dakwah tidak dijalankan, Islam sesama Islam bermusuhan, bagaimana kesejahteraan dapat dicapai?
Apabila umat Islam sibuk dengan dunia, gila duit, gila harta lupa amal Islam, banyak lakukan maksiat maka datanglah bala Allah.
Bala Allah boleh datang dalam pelbagai bentuk dan rupa, samada manusia, banjir, ribut taufan atau tanah runtuh malah gunung berapi sekalipun. Semua yang berlaku ada sebab musababnya dan janganlah kita berlagak seperti hero mahu lakukan pembelaan tanpa memikirkan apakah sebab utama Baginda Nabi S.A.W diutus ke dunia.
Mungkin terlalu banyak melihat filem-filem barat dan terpengaruh dengan superhero ciptaan barat maka kita ingin menegakkan undang-undang sendiri!???
Fatwa-fatwa merapu dari ulama suq yang bercakap atas dasar duniawi dan emosi hanya memburukkan nama Islam dan umat Islam khusunya.
Pada pengetahun ana, orang yang membunuh diri akan terus memasuki neraka. Bagaimana pula dengan nasib mereka yang meletupkan diri, membunuh diri mereka sendiri dan membinasakan orang lain akan memasuki syurga?
Adakah mereka ini layak dipanggil mati syahid? Atau soalan sepatutnya ditanya, dapatkah mereka pangkat atau gelaran mati syahid ini?
Terfikir juga kalau dapat mati syahid dengan cara sebegini, sudah tentu para sahabat yang berjuang bersama-sama Rasulullah akan melakukan perkara yang sama terhadap masyarakat umum kafir Quraisy bukan?

Subscribe to:
Comments (Atom)