Saturday, September 29, 2007

Pelacur Agama Vol 11

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,

Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga ibadah puasa kita berjalan lancar tanpa gangguan atau cubaan yang bisa menggugat iman kita. Amin.

Kali ini ana ingin menceritakan perihal manusia-manusia yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan rumah-rumah Allah yakni AJK-AJK dan selainnya.

Yang paling mengecewakan ana ialah ada segelintir imam-iman masjid hanya menjalankan tugas seperti orang makan gaji. Fenomena ini memang sudah lama berlaku tetapi sejak kebelakangan ini masalah ini semakin menjadi-jadi.

Apakah masalahnya sehingga ana mengatakan ianya suatu fenomena?

Cuba fikirkan, pernahkah seumur hidup anta sekalian, diziarahi atau dilawati imam-imam atau AJK-AJK masjid untuk bertanyakan hal-ehwal atau mengajak anta mengimarah rumah-rumah Allah?

Pernahkah imam-imam atau AJK tersebut menziarahi anta ketika anta sakit teruk terlantar di hospital atau di rumah?

Inilah fenomena yang ana maksudkan dengan masalah sikap 'orang-orang' masjid ini. Mereka hanya mengharapkan duit gaji sebagai AJK masuk tanpa menjalankan tugas sebenarnya 'orang' masjid ini. Ana tahu gaji mereka tidaklah sebesar mana tetapi tidakkah mereka sedar bahawa tugas sebagai imam bukan hanya sebagai orang yang mengimami sembahyang sahaja.

Tugas imam adalah lebih daripada itu jika mereka faham apakah konsep dan tugas seorang khalifah di zaman Rasulullah. Mereka perlu juga menziarahi makmum-makmum di kawasan mereka untuk bertanyakan khabar atau dengan lebih elok lagi menasihati mereka supaya mengimarahkan masjid.

Namun, apa yang diharapkan umpama harapkan pagar, pagar makan padi. Tiada seorang pun imam yang ana biasa jumpa menziarahi makmum-makmum di kawasan mereka bertanyakan khabar. Sehinggakan imam sendiri tidak mengenali makmum kawasan mereka dan segan untuk menegur.

Apa sudah jadi pada institusi masjid ? Apakah yang sedang berlaku? Adakah mereka seronok makan gaji masjid tanpa sedikit pun rasa bersalah? Orang tidak sembahyang, tidak pernah menunaikan jumaat, tidak berpuasa begitu ramai di kawasan mereka tetapi hanya mampu pandang sebelah mata tanpa dibuat apa-apa tindakan.

Inilah masanya imam-imam perlu menjalankan tugas sebenar mereka mengambil tahu hal ehwal makmum di kawsan mereka disamping dapat mengenali dan menghubungkan makmum mereka dengan masjid dengan secara tidak langsung.

Jangan hanya makan gaji sahaja sedangkan masalah moral dan akhlak makmum semakin teruk tanpa sedikit pun tiada rasa rungsing dan risau untuk menyelesaikannya.

Moral orang Islam semakin teruk ditambah pula dengan AJK-AJK masjid yang gilakan duit gaji sebagai AJK masjid.

Inilah masanya untuk mengembalikan moral orang Islam dengan melakukan ziarah dan tazkirah di rumah-rumah makmum setiap hari atau sekurangnya setiap hujung minggu. Dengan menziarahi mereka, imam-imam yang ada setengahnya Ustaz, boleh memberi tazkirah pendek kepada mereka tentang pentingnya sembahyang berjemaah dan mengikuti kuliah-kuliah di masjid disamping menghidupkan sillaturrahim. Secara tidak langsung masalah maksiat seperti bersekedudukan di tempat kita dapat dikurangkan apabila AJK-AJK masjid mula memasuki 'lorong-lorong' maksiat.

Inilah masalahnya jika kerja besar ini diberi kepada pelacur agama, kerana mereka hanya 'gila'kan duit gaji dari masjid sahaja tanpa memikirkan akan tanggungjawab mereka yang sebenar.

No comments: