Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,
Tidak kita risau dengan wujud segolongan manusia yang konon mendirikan madrasah Tahfiz padahal sebenarnya mereka hanya memikirkan keuntungan duniawi mereka sahaja?
Persoalan inilah yang perlu difikirkan oleh setiap ibubapa yang mempunyai rancangan menghantar anak-anak mereka ke pusat Tahfiz supaya dapat mendidik anak mereka menjadi hafiz atau hafizah. Persoalan inilah yang perlu diambil kira oleh setiap ibubapa yang bertanggungjawab untuk menjadikan anak mereka insan yang berguna bukan sahaja di dunia malahan di akhirat, khususnya.
Lebih menakutkan ada segelintir pengusaha Tahfiz ini melakukan perkara-perkara sumbang seperti meliwat dan mencabul kehormatan pelajar-pelajar mereka tanpa menghiraukan balasan Allah S.W.T. Anta semua jangan silap faham, anak tiada apa-apa bangkangan terhadap wujudnya sekolah atau pusat-pusat Tahfiz ini malahan ana menyokong 100% tetapi yang tidak menyenangkan ana ialah wujudnya syaitan bertopengkan manusia disebalik pusat-pusat tersebut.
Kebelakangan ini kita didedahkan dengan pelbagai kepincangan dan kepesongan pengusaha pusat-pusat Tahfiz yang melakukan jenayah diluar norma-norma hamba Allah yang beriman. Ana tidak dapat bayangkan, mereka-mereka ini, membaca ayat-ayat Allah, menghafaz ayat-ayat Allah tetapi tergamak melakukan perbuatan terkutuk.
Begitu juga golongan pengusaha yang mementingkan keuntungan dari menumpukan perhatian dan sepenuh tenaga untuk mendidik pelajar-pelajar mereka. Mereka lebih risaukan pendapatan mereka, duit yang masuk dan bilangan pelajar di sekolah Tahfiz mereka. Mereka sebenarnya tidak memikirkan akan nasib pelajar mereka malah membiarkan sahaja segala kerosakan yang mereka lakukan kepada pelajar-pelajar malang ini.
Pelajar tidak dikawal, tidak diperhatikan malah dibiarkan berada di pusat tersebut bertahun-tahun kerana disitulah punca keuntungan mereka. Lebih lama mereka berada disitu, lebih banyaklah keuntungan mereka. Hal ehwal serta prestasi pelajar dalam menghafaz tidak dititikberatkan malah dibiar sendiri menguruskan pelajaran hafalan mereka. Lebih menyedihkan akhlak pelajar-pelajar berkenaan menjadi semakin teruk.
Ibubapa pula meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada cikgu-cikgu di pusat Tahfiz tersebut tanpa menghiraukan prestasi anak mereka. Dihantar apabila bermula penggal pembelajaran dan diambil pulang ketika cuti bermula. Apabila berada di rumah, anak-anak tidak diperhatikan malah dibiar mengadap televisyen, PS2 dan DVD.
Maka jadilah mereka pelajar yang bebal untuk menghabiskan pengajian mereka sedangkan untuk menjadi seorang hafiz, semua perkara perlu dititikberatkan. Makan minum serta alam sekitar mereka perlu diperhatikan supaya hati mereka tidak rosak dengan dunia.
Disini peranan ibubapa adalah penting. Tiada gunanya menjadi ibu ketam kerana selamanya si ibu ketam tidak akan dapat berjalan dengan betul.
Sunday, July 22, 2007
Subscribe to:
Comments (Atom)
