Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,
Terima kasih diatas komen seorang hamba Allah yang bernama Mukhlis. Ana terima dengan hati yang terbuka dan senang. Apa yang dikatakan Mukhlis setengah darinya benar dan setengah darinya boleh dipertikaikan bagi ana.
Contohnya, kenapa perlu kita takut dengan musuh-musuh Islam mengeksploitasi blog sebegini untuk tujuan menjatuhkan agama? Kenapa perlu takut manusia biasa yang tiada kuasa sedangkan kita perlu takut hanya sanya kepada Allah sahaja? Musuh-musuh Islam memang sentiasa menanti untuk menjahanamkan Islam tetapi dapatkah mereka menjahanamkan Islam jika ada kuasa Allah di belakang kita? Apakah mereka boleh menghancurkan umat Islam jika kita sentiasa dekat kepadaNYA dan meminta perlindungan dari Allah S.W.T?
Sejarah telah banyak membuktikan kepada kita bahawa kejatuhan Islam bukanlah disebabkan oleh kedatangan musuh Islam untuk memusnahkan Islam, malah ianya bermula di dalam masyarakat Islam itu sendiri! Inilah yang ana cuba utarakan dalam blog ini, kepincangan, kecacatan, kerosakkan dan keburukkan yang ada dalam individu Islam yang boleh memporak-peranda masyarakat Islam itu sendiri.
Bagaimana kita boleh berdiri teguh kalau dalam masyarakat kita begitu banyak 'pelacur-pelacur' yang bergerak secara halus di dalamnya dan merosakkan masyarakat Islam sedikit demi sedikit. Manusia-manusia yang bertopengkan agama, yang sepatutnya dipercayai dan boleh diharap oleh individu lain untuk mendekatkan diri kepada Allah tetapi melakukan sebaliknya.
Cuba kita bayangkan, jika seorang bekas penagih dadah yang betul-betul ingin mengikut jalan yang lurus berjumpa dengan orang-orang sebegini? Jika dia melalui seperti mana yang ana lalui, anak yakin dia akan kembali kepada dadah. Dengan jiwa yang kosong dan memerlukan bimbingan, mereka amat mudah dirosakkan. Cuba fikirkan sedalamnya. Ana tidak sembrono memberikan contoh kerana perkara sebegini pernah terjadi di depan ana.
Seorang penagih dadah yang berusaha untuk memperbaiki diri tetapi dipergunakan oleh pelacur agama sehingga dia kecewa dan kembali kepada tabiat lamanya. Dan yang paling mengecewakan, puak-puak pelacur ini dengan riaknya mengatakan penagih dadah ini memang susah untuk membuang tabiat mereka. Pelbagai alasan diberi dan sesungguhnya mereka tidak berminat pun hendak menolong si penagih itu malah mempergunakannya sahaja untuk kepentingan duniawi si pelacur agama!
Bagaimana pula dengan kisah hamba Allah yang ana ceritakan dalam Pelacur Agama vol 8? Bagaimana sedihnya ana apabila melihat hamba Allah itu memilih jalan yang keji setelah dikecewakan rakannya? Semoga dia dapat kembali ke jalan Allah.
Ingin sekali ana menegaskan bahawa untung atau ruginya blog ini diwujudkan adalah bergantung kepada ketetapan Allah. Ana hanya menyampaikan kepincangan yang berlaku sekarang supaya umat Islam yang lain berwaspada apabila berjumpa dengan pelacur-pelacur agama ini. Bukan diri mereka sahaja, malah, boleh melibatkan keluarga mereka juga jika tidak diperhalusi akan tindak-tanduk keji pelacur-pelacur agama. Terserahlah kepada Allah menentukan segalanya dan janganlah kita takut dengan ancaman musuh Islam tetapi takutlah akan azab Allah jika kita menjauhkan umat manusia dari Islam itu sendiri.
Ingin ana berpesan, jangan jadikan kita sebagai asbab jauhnya umat Islam daripada Islam itu sendiri, sebaliknya, jadikanlah diri kita sebagai asbab dekatnya umat Islam kepada Islam.
Thursday, June 28, 2007
Subscribe to:
Comments (Atom)
